Friday 6 July 2012

Seperti Keluarga 69, Suami Sebilik Dengan Adik Ipar, Isteri Pula Sebilik Dengan Kekasih - Tinggal Serumah.

Apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni...tinggal melakukan maksiat dengan adir ipar,pastu benarkan isteri berzina dengan kekasih, yang paling jijik tinggal serumah dan mereka seperti keluarga 69... Jangan jadi macam ini, neraka jahanamlah nanti...

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips 
di Kangar, selepas diambil keterangan.
SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan.
KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: