Wednesday, 11 July 2012

Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar

KL,11 JULAI 2012: Baru saja Murai Batu hendak menarik lafaz lega mengenai pengakuan ibu Irma Hasmie terhadap menantunya, Redza Syah yang dikatakan berstatus duda, tiba-tiba Murai Batu didatangi pula informasi terkini mengenai isu tersebut.
Menerusi informasi yang dipetik dari sebuah blog butik pengantin, Redza yang segak orangnya pernah melangsungkan majlis persandingan bersama wanita yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang .
Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua.
Bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan, Murai Batu hanya mahu mencari jawapan benar mengenai isu status Irma yang dipersoalkan ramai pihak. Jadi, Murai Batu berharap sangat kepada Irma Hasmie agar dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai cerita yang mengheret dia bersama suaminya sebaik saja dia pulang dari berbulan madu di Australia.
Lagipun, seorang teman memberitahu dia kenal dengan seseorang keluarga di sebelah pihak Redza. Dia sendiri mengesahkan bahawa Redza memang pernah berkahwin sebelum ini. Dia juga turut kelihatan di majlis kahwin Redza dengan Irma.
Setakat ini pun, Murai Batu masih belum membaca sebarang artikel mengenai pengesahan status suami Irma itu.
Yang pasti, sewaktu pernikahan Ning Baizura dulu pun, pihak media baru saja mendapat tahu suaminya itu seorang duda selepas mereka berdua sah menjadi suami isteri.
Sebagai insan biasa, Murai Batu doakan Irma Hasmie bahagia dengan Redza dan anggaplah ini sebagai resam kehidupan sebagai seorang yang dikenali.
MURAI BATU: Buang yang keruh, ambil yang jernih.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: