Bukan trend fesyen yang digelar ”
thepoplook ” malah ia sebenarnya merupakan satu laman web perniagaan
pakaian secara online yang telah menjadi pilihan bagi selebriti cantik
jelita Lisa Surihani. Jika dilihat pada penampilan Lisa pasti ada yang
menjangkakan pakaian yang beliau gayakan adalah pakaian berjenama dan
juga mahal. Akan tetapi sangkaan anda kurang tepat.
Lisa Surihani, Misha Omar, Sazzy Falak dan
juga Aishah Sinclar merupakan empat orang selebriti yang sangat gemar
membeli serta menggayakan pakaian dari butik online. Pada mereka pakaian
yang dipakai tidaklah perlu berharga mahal atau berjenama sahaja malah
biarlah ia nampak cantik dan bersesuaian pada tubuh badan serta
penampilan mereka berempat.
Keselesaan dalam mengayakan pakaian dari
butik online membuatkan mereka boleh dikatakan kerap kali mengayakan
pakaian casual yang hanya dibeli dari butik online sahaja. Design yang
ringkas serta nampak lebih santai menjadi pilihan selebriti-selebriti
ini. Harga yang berpatutan juga antara sebab mengapa mereka memilih
pembelian pakaian menerusi online.
Selain itu mereka tidak perlu meluangkan
masa yang agak lama untuk keluar membeli pakaian dari butik yang sedia
ada kerana dengan pembelian secara maya ini hanya berlaku dalam masa
yang singkat sahaja. Ini sangat memudahkan lagi bagi para selebriti ini
yang sentiasa sibuk dengan jadual pekerjaan mereka.
Kredit Foto : Thepoplook
0 comments: