Thursday 31 May 2012

Laporan Adsense janawang percuma

Salam, hari ini papa nak cerita tentang adsense,anda tahu apa itu adsense? ada setengah orang tahu apa itu adsense dan ada yang tidak tahu langsung. Papa cerita sikit jerrr.. Adsense adalah pengiklanan dari Syarikat google, jadi banyak syarikat-syarikat yang ingin memajukan pernigaan melalui internet, jadi jalan terbaik ialah join google adword, iklan berbayarlah..tapi papa nak cerita iklan percuma,google tak nak peningkan kepala,google cari blogger-blogger atau yang ada laman web sendiri join adsense,erti kata lain sewakan iklan dari google ke tapak blog andalah,cara bayarannya mengikut klik pada iklan google adsense,nilainya dirahsia oleh google. Ok faham tak? kalau tidak faham papa ada satu barang nak bagi dekat korang semua.

Ini barang baik punya..Ebook Adsense percuma.



Laporan adsense janawang


Jangan download jer..komenlah sikit, terima kasih.


Wednesday 30 May 2012

Petua Hilangkan Jerawat – Beras dan inai

Haaa ... hari ini papa mahu kongsikan petua hilangkan jerawat dengan menggunakan beras dan inai. Beras pun boleh jadi ubat tau,bukan untuk makan dan kenyang,sama juga dengan inai,bukan pakai dekat jari jer,dekat pipi pun pakai,hehehee...


Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Tercekik Tulang



Anda pernah mengalami tercekik tulang ? tidak kisahlah tulang ikan ker,tulang ayam ke janji tulang,
hehehe...
jangan panik dan jangan risau ada caranya...

1) Kepal2kan nasi dan terus telan.
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

Tuesday 29 May 2012

RUNGSING MASALAH KEHAMILAN SAYA

 Salam semua, ini papa mahu cerita tentang keluhan mama...kesian mama,yela baru ajer lepas gugur hujung tahun lepas,trauma dan fobio
lag.. mama runsing tentang kehamilannya.. ini sebahagian email mama kepada Doktor berkenaan tentang masalah 
kehamilannya,saja papa kongsikan..
Terima kasih atas segala nasihat doktor salwa,hari ini saya pergi membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, alhamdulillah dengan serba sedikit pengetahuan dari artikel Dr. ,saya diminta menjalankan ujian keputihan di klinik kesihatan seksyen 7,Shah Alam  pada 31 Mei ini untuk lebih mengetahui sama ada keputihan saya ini merbahaya kepada kandungan saya ataupun tidak. Pengetahuan saya dari artikel Dr. sangat membantu saya agar lebih berhati- hati dan menjaga kandungan saya dimana inilah kali pertama saya mendapat perhatian dari Dktr Klinik tersebut berkenaan dengan isu keputihan semasa kehamilan selepas saya memberitahu tentang apa yang saya tahu dari artikel Dr. Salwa dan memberitahu pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan isu keputihan ini.
Cuma saya sedikit kesal kerana ada diantara jururawat kesihatan dan ada diantara Doktor ibu mengandung terutamanya Dktr dan jururawat yang agak masih muda tidak mengambil tahu berkenaan dengan keputihan sewaktu hamil dengan memberikan kata mudah kepada ibu yang mengalami masalah ini tanpa meneliti masalah ibu tersebut.Ada diantara mereka yang mengambil mudah sahaja tentang isu keputihan sewaktu hamil sehinggalah menganggu perkembangan fetus dalam kandungan barulah mereka mengambil perhatian lebih kepada ibu tersebut. Sikap mencegah dan memberi rawatan awal kurang diberi perhatian. Beruntunglah jika seorang ibu berilmu dan apa pula yang terjadi kepada ibu yang mempunyai kurang pengetahuan tentang pekara ini?kemungkinan keputihan ini dibiarkan sahaja sehingga bersalin dan ia mengganggu anggota yang lain.
Di sini juga saya ingin sekali mengetahui adakah kemungkinan masalah keputihan yang merbahaya ini berpunca dari hubungan bersama suami? ada seorang jururawat mengesyorkan suami menggunakan kondom kerana mereka mengatakan kebarangkalian ia berpunca jangkitan daripada suami sewaktu bersama suami. Saya ingin sekali penjelasan Dr. Salwa tentang pekara ini.Adakah ianya kemungkinan benar atau tidak supaya saya boleh membuat sebarang rawatan kesihatan susulan selepas ini.Saya berharap Dr dapat menjelaskan soalan saya ini untuk mengelakan segala kemungkinan bakal berlaku.
Segala jasa dan ilmu yang Dr. berikan amatla saya hargai. 

Sekian Terima Kasih.

Zila.



From: Dr Salwa <drsalwa@doktorherba.com>
To: Nabila Nur <nnabila26@yahoo.com.my>
Sent: Monday, 28 May 2012 11:34 PM
Subject: Re: RUNGSING MASALAH KEHAMILAN SAYA

Mualaykumsalam,
Saya simpati dengan keadaan emosi yg sedang anda alami,harap dapat banyak bersabar dan memohon pertolongan Allah SWT yang berkuasa keatas kesihatan hambanya.Apapun kita juga kena sama2 berusaha supaya doa yang kita minta itu dimakbulkan ye.
Pertama simptom yang diberi adalah jangkitan kulat candida yang lazimnya berlaku kepada ramai wanita hamil disebab berlaku perubahan hormon yang drastik dan ini tidak lah sampai membawa kepada keguguran atau risiko yang terlalu bahaya cuma ianya membuatkan kita rimas dan mengganggu kehidupan harian dan jika kulat ini tidak dirawat sehingga bersalin boleh menjangkiti bayi atau keadaan yang dipanggil thrush.Namun jika terdapat tanda2 lain seperti warna lendiran yang kehijauan,berbuih dan berbau ianya bahaya dan perlu dirawat dengan segera sebelum ianya menular keorgan2 yang berdekatan.Untuk kes2 candida,jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu yang hamil atau alternatifnya boleh juga merawat sendiri dirumah dengan terapi prk dr herba selama 10 hari disamping meminum yogurt atau yakult 3 kali sehari bagi menokok bakteria baik didalam tubuh.

Yang kedua,keguguran janin pada lazimnya juga berlaku pada kehamilan bawah 20 minggu dan kebanyakkan disebabkan oleh kromosom yang tidak normal, dan oleh kerana janin itu tidak sihat, maka dengan sendirinya ia tidak dapat bertahan lama dan akhirnya gugur.

Lain-lain sebab ialah merokok, meminum alkohol, mereka yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti kokain, ubat penghapus serangga, benda yang mengandungi radioaktif dan lain-lain.Bagi yang pernah keguguran, adalah penting untuk memastikan degupan jantung janin disahkan melalui ultrasound scan sebaik sahaja kehamilan dapat dikesan melalui ujian air kencing.Jangkitan kuman juga merupakan pemyebab kepada keguguran, rubella infection, sekiranya anda masih belum di-imunisasi, pastikan mendapat suntikkan rubella diklinik berdekatan.

Pastikan anda mengambil suplemen asid folic atau cuba dapatkan obimin dari farmasi serta Vit C untuk menguatkan pergantungan janin dan jauhkan dari memakan ubatan lain samada tradisional atau moden. Banyak berehat dan selalu berfikiran positif serta mengawal emosi sehingga dapat mencapai ketenangan dan keredhaan.InsyaAllah

2012/5/28 Nabila Nur <nnabila26@yahoo.com.my>
assalamualaikum doktor,

Saya Norazila dan berumur 28 tahun,saya ingin kepastian dari doktor mengenai masalah saya.Saya sangat fobia bila mengandung.Sebelum ini,saya pernah mengandung tetapi keguguran pada kehamilan menjelang tepat 4bulan.Saya difahamkan oleh doktor bahawa kandungan saya tidak sihat. Berlaku pendarahan yang banyak sebelum saya dicucuk dengan ubat untuk membuka pintu rahim supaya fetus dari kandungan saya dapat dikeluarkan di hospital Serdang. Sebelum kejadian pendarahan berlaku,saya pernah mengutarakan masalah saya pada doktor klinik swasta dan juga kerajaan mengenai masalah yang saya hadapi sewaktu kehamilan mencapai 2 bulan sehingga 3 bulan kehamilan.Masalah saya sewaktu itu adalah saya mengalami keputihan yang banyak, apabila buang air kecil bau yang tidak menyenangkan. Saya pernah diberitahu oleh doktor saya mempunyai masalah kencing kotor,tetapi ubat yang diberi hanya antibiotik dan ubat yang perlu dimasukan kedalam faraj saja yang diberi. Saya mengunakan ubat tersebut dan memasukan ubat melalui faraj sehingga 3 kali selama 3 malam sebelum tidur. Tetapi masalah keputihan saya tidak selesai walaupun sudah menggunakan ubat tersebut selama 3 malam berturut seperti yang dinasihatkan oleh doktor klinik tersebut sehinggalah 4 bulan kehamilan,berlaku pendarahan dan keguguran akibat bayi yang tidak sihat.
Selepas sebulan keguguran saya diberitahu oleh doktor pakar yang masalah saya adalah masalah fetus yang tidak sihat dan tidak bekembang dengan baik..Adakah masalah fetus yang tidak sihat tadi disebabkan masalah keputihan saya?saya sangat runsing sekarang Doktor Salwa,lebih-lebih lagi saya sekarang disahkan mengandung lebih kurang sebulan lebih dan sekarang saya mempunyai masalah yang sama . Selepas lewat 5 hari haid saya mengunakan pregnentsy test  dan disahkan positif,tetapi masalah yang saya hadapi dulu membelenggu saya sekali lagi,saya sekali lagi didatangi keputihan seperti susu basi berkepul-kepul berwarna keputihan,bau air kencing yang tidak menyenangkan tetapi kurang sedikit seperti dahulu terdahulu.Saya sangat risau akan apa yang terjadi pada saya,saya seringkali menukar seluar dalam,mencuci faraj dengan pencuci wanita serta mengelap faraj selepas membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan kelembapan dibahagian intim saya.Saya juga mengalami masalah keguguran rambut sekarang.

Saya berharap doktor dapat membantu saya dan memberi sebanyak nasihat yang boleh untuk saya menjaga kandungan saya ini..
Saya juga berharap Doktor dapat membalas email saya secepat mungkin untuk saya bertindak dengan cepat..

Segala jasa baik doktor amatlah saya hargai..bantulah saya doktor..pekara ini sangat merungsingkan saya sekarang..


yang benar,
zila



--
Dr Salwa Hassan
Http://www.klinikkeputihan.com

Sunday 27 May 2012

Papa penat buat adsense

Salam semua, hari ini ingatkan sudah gembira,yela buka aje akaun adsense dah dapat usd 1.08, gembiralah dari xbuat apa-apa dapat juga sikitkan. Tetapi pagi papa mahu cerita, akaun adsense papa sudah disable...Sedihnya.. apa boleh buat susah mahu ikut polisi dari google ini,amat ketat.

Kekadang papa rasa putus asa, macam mana lagi mahu tambah pendapatan secara online sekarang ini.
Kerja makan gaji memang tidak cukup, lagi-lagi mama sudah hamil,lagilah banyak mahu pakai duit..
Sahabat-sahabat semua tahu x macam mana mahu tambah pendapat online?? cuba bagitahu bapa sikit.

Monday 21 May 2012

Lirik Lagu Forteen - Berdua Bersatu

Hari papa nak kongsi lagu serta lirik dari Forteen - berdua bersatu. Memang bestlah lagu ni...




Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Friday 18 May 2012

Sime Darby Vs Kelantan




Salam semua, nak cerita sikit boleh,hehehe sahabat-sahabat tahu tak malam ini final piala FA??
Rugi kalau tak tau, final malam ini antara Sime Darby Fc vs Kelantan, ini bukan pertandingan versus semalam dekat tv 9 tau, ini perlawanan bola sepak. Rasa-rasa sahabat semua siapa akan menang? semuanya terjawap pada malam ini. Sahabat semua sokong mana?? kalau papa pastilah kelantan maa.... papakan anak jati kelantan.

Sebenarnya papa kurang buget pergi studium bukit jalil, maklumlah tiket harga boleh tahan juga, semalam jam 12 tengah malam papa dapat panggilan telefon dari bapa saudara, dia cakap ada tiket lebih 2 keping, dan bagi percuma, apa lagi papa terus on jer... yela sebab pernah berjanji dengan mama nak bawa pi studium, terlunaslah hajat papa dan mama hari ini, sahabat semua pergi studium tak malam ni? tak dapat pi tak pa, RTM ada siaran langsung, astro arena pun ada.Sebenarnya papa risau bawa mama pi studium, yela apa taknya orang ramai, bahaya banyak, lagi pun mama tengah mengandung anak sulung sekarang, risau juga papa tau. Doakan kami ok ya dekat sana nanti.

Sahabat-sahabat yang studium malam ini, ingat undang-undang dan jaga tingkah laku ya, jangan baling mercu, jangan baling botol dan sebagainya, jagalah imej negara kita ya. kitakan 1malaysia.
Jumpa anda semua dekat studium, marilah beramai-ramai  datang menyokong kelab masing-masing dan majulah sukan untuk negara. Wahhh macam pemberita pula.

Papa dan mama harapkan serta doa kepada peminat yang datang studium semoga dirahmati Allah selamat daripada perkara-perkara buruk.

Bye2.

Thursday 17 May 2012

SYUKUR

SYUKUR




Tags: syukur, syukur, syukur



Salam semua, Alhamdulillah, papa ada berita baik hari ini, isteri papa iaitu mama sudah mendagung 1bulan, alhamdulillah, harap-harap kali ini melekat sampai keluar baby ye.. Tapi bila papa fikir balik kesian kat mama,ye la dia kan baru lepas gugur 6bulan lepas,masih fobia lagi.

Cerita dia macam ini, semalam balik kerja, mama diam-diam tunjukkan papa prenagcy test, apa lagi bila papa lihat terus melompak-lompak sambil menjerit "Yes-yes Yahooooooooo" satu blok dengar, malu pula, apa-apa pun papan dan mama bersyukur kepada Allah s.w.t kerana bagi peluang untuk dapat baby kali, papa harap dimurahkan rezeki dan mama serta baby dalam keadaan sihat serta dilindungi Allah selalu.

Doakan untuk kami ya semua, sayang kamu semua, bye2.