Tuesday 31 July 2012

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

 

Kite sering mendengar amalan puasa memberi kebaikan kesihatan kepada kita, hampir setahun perut kita beroperasi mengisar, menghancurkan makanan, berkerja keras untuk kita,masa inilah perut dan badan kita untuk rehat dan mengembalikan kekuatan dan kesihatan yang sempurna, ini untuk menampung tisu-tisu dalam badan kita yang sudah rosak. Jadi puasa dapat membantu untuk kita sihat.

 

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
  1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).

  2. Inginkan kurangkan berat badan pada bulan puasa? Dapatkan eBook Panduan Ramadhan saya.

  3. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  4. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  5. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  6. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  7. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  8. …Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk…
  9. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
  10. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
  11. …Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan…
  12. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  13. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

sumber

Monday 30 July 2012

10 Perkara Dilakukan Puasa Jadi Sia-sia

Assalamualaikum, hari ini kita sudah menjalani puasa suku bulan, jadi ada berapa hari lagi bulan puasa akan meninggalkan kita, sebelum terlambat mari kita renungkan, Puasa anda akan jadi sia-sia jika anda melakukan perkara ini, anda hanya menahan lapar dan dahaga,anda tidak dapat nikmat bulan ramadhan dan pahala berlipat ganda saya ingin kongsikan dengan anda petikan dari blog http://wanmerah.blogspot.com/

  • Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu
  • Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat
  • Ramai yang puasa tapi masih pergi dating
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam
  • Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh
  • Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat
  • Ramai yang puasa tapi masih mengumpat
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyurapai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat
Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik,mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan berjimat duit.

"Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari."

Daripada pengertian puasa kita tahu bahawa tak guna puasa kalau diri tak dapat menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jadi..Yang mana satukah kita?Adakah kita tergolong daripada golongan yang di sebut di atas atau sebaliknya?Renung-renungkan.Semoga Allah pelihara kita dunia dan akhirat. =)

Apakah Kereta Pilihan Mama yang Akan Di Beli Tidak Lama Lagi??

Apakah Kereta Pilihan Mama yang Akan Di Beli Tidak Lama Lagi??
Kali ini mama sudah beralih arah suruh papa usya-usya kereta MPV,wahhh kereta besar tu... Nak tau kereta apa mama suka?? Banyak sampaikan mama pening kepala nak pilih, kalau ikutkan hati nak lagi besar,tapi bahaya, baik beli yang sedan-sedan dengan kemampuan kita, betul tak??

Anda tolong mama buat pilihan boleh?? kalau boleh komen di bawah ya...
Klu mama bagi... kereta pasti MPV, harga sedan-sedan sahaja, cantik, boleh katakan selesa juga dan ciri-ciri keselamatan serta permanduan MPV seperti keretalah,seperti apa lagi,heheheh

Antara pilihan mama

EXORA



ALZA



Estima



Grand LIVINA



Toyota RUSH



Tolong buat pilihan untuk mama....








Sunday 29 July 2012

Pulau Langkawi Memang Best

Salam semua,hari ini papa nak kongsikan pengalaman pertama papa dan mama bersama bercuti di pulau langkawi,tidak dinafikan lagi,pulau langkawi memang indah, sesiapa yang datang tidak akan meras rugi dan kecewa datang ke pulau langkawi, langkawi merupakan pulau yang indah dan penduduknya yang mesra.

Ketika papa dan mama disana banyak juga tempat kita orang lawat seperti cable car, pulau dayang buting,pulau helang, underwaterworld, pantai chemang dan sebagainya..



Ni mama dekat atas sekali bukit apa entah,lupa hehehe dekat cable car

papa macam biasalah pose sikit-sikit sudah
Ni anak member mama..
 Masa ni papa dan mama tengah seronok tapi takut dekat jambatan antara bukit ke bukit,papa tak tau panggil bukit ke gunung sebab tinggi sangat,gayat beb!!!

sekali sekala ambil gambar romantik sikit

Masa ni on the way pergi pulau dayang buting

Cerita sendikit tentang pulau dayang buting,cerita dogengnya barang sesiapa iaitu wanita yang tidak dapat mengadung atau sudah kahwin lama tak dapat anak lagi,mandi dekat tasik dayang buting akan mudah dan senang mengadung. Istimewa pulau ini ialah tasik di tengah-tengah pulaunya air biasa,bukan air masin. Cubalah datang ke sini.

Model papan tanda,hehehe
nak cuba jugalah

Ini dia tasik dayang buting dekat tengah-tengah pulau dayang buting,air tawar bukan air masin tahu. Seronok tapi dalam amat sangat..
On the way ke pulau helang dan seterusnya
Ambil gambar dengan mama di jeti helang

Dan sampai dekat LCCT dah..

Seronok rasanya bila bercuti seperti ini,tenang dari masalah kerja. Apa kata anda?? Cubalah bawa family datang langkawi,best giler.. beli barang takdalah mahal sangat,bebas cukai. Cukuplah gambar-gambar ini papa kongsikan,bye...





Thursday 26 July 2012

Dilema Cinta Ilahi-Forheart

Salam semua,pagi ni saya nak kongsikan lagu nasyid,lagu kira sedap jugalah,budak-budak kumpulan kira saya kenal jugalah,salah seorangnya boleh katakan kenallah yang lain tak berapa sangat, saya pernah juga bernyanyi nasyid bersama salah seorang ahlinya... Semoga kumpulan Forheart berjaya dalam kerjaya...




Best tak semua... heheheh


Wednesday 25 July 2012

Dengan Siapa Sewajibnya Saya Menutup Aurat & Haram Bersalam?

Dengan Siapa Sewajibnya Saya Menutup Aurat & Haram Bersalam?
hijab dengan siapa

DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN
Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.

Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:

[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]

[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa': 24]
Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:
” Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]

[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]
Imam Baghowi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.

[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang `berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.


JENIS-JENIS MAHRAM

[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)

Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :
suami mereka, atau
ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau
anak-anak lelaki mereka, atau
anak-anak lelaki suami mereka, atau
adik beradik lelaki mereka, atau
anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau
anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau
wanita-wanita di kalangan mereka, atau
hamba-hamba yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Para ulama’ tafsir menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:

[1]. Ayah
Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]
Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40´´ [Adlwaul Bayan 1/232]
Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.

[2]. Anak Lelaki
Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.

[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.

[4]. Anak-anak saudara (anak buah)

Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]

[5]. Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]
Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]
Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)

[B]. Mahram Kerana Penyusuan

Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:

[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu `anha.
“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]

[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.
Qur’an :
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa' : 23]
Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu `anhu berkata; Rasulullah shallallahu `alaihi wassalam bersabda :
“Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]

[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?
Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:
[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)
(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)

[C]. Mahram Karena Mushoharoh

[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]
Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]

[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:
“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa' : 22]
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]

[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh
Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]
[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]

[Disalin dengan sedikit diringkas dari: Majalah "Al Furqon", Edisi 3 Th. II, Syawal 1423, hal 29-32]

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/27/kekeliruan-tentang-mahram/

Tuesday 24 July 2012

Jangan Sekadar Pakai Tudung, Tetapi Tutuplah Aurat

Jangan Sekadar Pakai Tudung, Tetapi Tutuplah Aurat
aneka tudung


cerita tentang aurat memang zaman sekaranag ramai orang melayu kita tidak kira lelaki wanita,aurat tidak dijaga,adakah mereka ini tidak tahu apa itu aurat? dan bagaimana mahu tutup aurat. Yang pasti sesiapa tidak menutupi aurat akan mendapat balasan dari Allah s.w.t.
 
Yang wajib itu bukannya memakai tudung, tetapi menutup aurat. Andainya kita memakai tudung yang tabarruj, itu juga dikira haram di sisi Islam.

Bagaimana Untuk Melahirkan Cinta Kepada Allah?

Bagaimana Untuk Melahirkan Cinta Kepada Allah?
tentang cinta

Bagaimana Untuk Melahirkan Cinta Kepada Allah?

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.
Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

“Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq.” kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

“Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah.”

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata “Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu.” Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. “Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian,” kata mereka lagi.
Firman Allah kepada Nabi Daud;

“HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan”
“Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)

Tersebut dalam Kitab Zabur:
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?”
Abu Sulaiman berkata;

“Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya.”
Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).”
Kata Junaid;
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.
Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10.Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.

Hukum Muntah Semasa Puasa

Hukum Muntah Semasa Puasa
pening dan terasa mahu muntah

Cerita pasal hukum muntah ketika puasa pasti ramai yang keliru, disini saya kongsikan hukum muntah ketika puasa,soal jawap ini di ambil dari web http://www.utusan.com.my , jangan risau,kalau keliru cepat-cpeat bertanyakan ustaz atau ustazah, kita perlu mencari jawapan yang betul dan sahih.

SOALAN 1:
Ketika kecil dahulu, saya ada juga menggosok gigi dan menjolok kerongkong (tekak) sehingga muntah. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Jika sengaja untuk muntah seperti menjolok-jolok jari ke kerongkong lalu muntah, maka batallah puasanya. Sabda Nabi yang bermaksud; “Sesiapa yang termuntah maka tidaklah kena qada (ganti). Dan sesiapa yang berusaha muntah dengan sengaja maka hendaklah qada”.
Jika tidak sengaja seperti mabuk kenderaan, mabuk kapal dan sebagainya maka puasanya tidak batal. Begitu juga jika wanita muntah akibat mabuk hamil, maka puasanya tidak batal.

Soalan 2:
Saya ada membaca buku yang mengatakan salah satu yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga perut. Saya kurang faham bagaimana cara masuk ke rongga perut itu?

Jawapan:
Segala yang masuk secara sengaja ke dalam rongga perut seperti melalui mulut, hidung, telinga dan qubul maka ia akan membatalkan puasa. Walaupun benda itu bukan makanan atau minuman. 

Contohnya seperti batu atau tanah, maka puasa tetap dikira batal. Termasuk dalam perkara ini ialah menghisap rokok. Sesungguhnya hisap rokok membatalkan puasa.
Semua jenis rokok adalah membatalkan puasa walaupun rokok daun. Begitu juga dengan cerut. Ada pula budaya Arab yang makin mendapat tempat iaitu menghisap syisya. Ini juga dikira batal.

Begitu juga menelan air gelema. Air gelema tidak sama dengan air liur. Menelan air liur tidak membatalkan puasa, sementara air gelema membatalkan puasa.
Begitu juga perbuatan mengorek ke dalam telinga dan menitiskan ubat melalui telinga.
Ketika wuduk, berkumur-kumur adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun hendaklah berhati-hati agar tidak keterlaluan. Ditakuti ada air yang akan masuk ke dalam perut melalui mulut dan hidung.