Pasti ada yang tertanya-tanya apa
yang dimaksudkan dengan ” Emerald Green “. Untuk pengetahuan
anda Emerald Green merupakan satu gabungan warna yang telah wujud dalam
palet warna sejak dahulu kala lagi. Warna ini tercetus dari idea
gabungan tiga warna iaitu hijau,hitam dan sedikit warna putih. Warna ini
telah kembali menjadi trend bagi fesyen warna pada masa kini.
Jikalau dahulu warna ini kurang mendapat
sambutan namun kini warna ini telah menjadi pilihan beberapa barisan
selebriti tidak kira didalam dan luar negara juga. Lihat sahaja Neelofa
ketika menggayakan busana berona Emerald Green ketika dalam satu majlis
karpet merah. Tona warnanya memberikan satu effect yang sangat cantik
pada Neelofa. Sekali gus ia menaikkan seri pada si pemakainya.
Dynas dan Linda onn juga pernah dilihat
menggayakan busana berona hijau ini pada majlis berprestij lain juga .
Apa yang lebih menarik lagi Scha Alyahya turut mengenakan busana
berona Emerald Green pada majlis perkahwinan beliau sendiri. Tona warna
ini sememangnya mampu menarik perhatian ramai kerana keunikan yang ada
pada warnanya.
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang
baru apa kata cuba gayakan baju anda dengan warna Emerald Green pula.
Siapa tahu mungkin dengan menggayakan busana berwarna ini juga mampu
membuatkan anda kelihatan lebih cantik dan boleh memberi kelainan pada
anda.
Kredit Foto : Google , Sensasi selebriti
0 comments: