Salam semua terutama yang beragama islam, tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Bulan ramdhan bulan yang berkat,kenapa?? kerana bulan ramadhan penghulu segala bulan, masa inilah umat islam buat banyak-banyak dan sebanyak mungkin amalan baik,kerana bulan ini pahala akan dilipat gandakan. Bulan ramadhan membawa berkat, pada bulan inilah kita sama-sama buat amal yang baik,tinggal segala amalan yang buruk.
Bulan ramdhan inilah Iblis di gari dan di penjara, hanya nafsu menguasai manusia, jadi kita perlu kawal nafsu sebaik mungkin,jauhkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yang terkutuk dan dimungkari Allah s.w.t. Oleh itu, saya berpesan kepada saya sendiri,keluarga saya dan sahabat-sahabat serta umat islam sekalian, marilah sama-sama kita beramal di bulan islam, jika anda susah sangat buatlah zikir, bismillahiramanirahim pun dah ok,lagi banyak lagi baguslah.
Pesan papa kepada perniaga-perniaga,inilah bulan mulia,jadi pintu rezeki dibuka, jika kamu berniaga isyaAllah banyak untung, tetapi ingat,jangan terlalu ambil untung, lagi-lagi barang kamu jual tidak kualiti dan setimpal dengan harga kamu letakkan.
Ini pendapat papa, ada orang zaman sekarang, bila sampai bulan ramadhan, mereka puasa, tetapi mereka tidak solat, bagi papa ini salah kerana tidak lengkap rukun islam, kita renungkan sekejap ya, kita lihat rukun islam:-
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Berpuasa
4. Zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu
Ok, kita lihat,untuk menjadi orang muslim, wajid seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, pastu solat lima waktu sehari semalam, sampai bulan ramadhan diwajidkan berpuasa, jadi kalau nak puasa,solat jangan tinggal-tinggalkan, nanti puasa free jer..dah cukup tiga,baru masuk empat,berzakat, bagi yang mampu menunaikan haji.
* jika ada kesalahan dalam penulisan atau penyampaian,bolehlah memberi komen dan tujuk ajar kerana papa ini bukannya sempurna, yang buruk datang dari papa, yang baik datang dari Allah, papa hanya ingin menyampaikan dan berkongsi.
Semoga anda semua dapat memuliakan bulan ramadhan ini.amin..
0 comments: