copy by: http://ohartis.com
Petang 29 June 2012, berlangsungnya majlis perkahwinan Irma Hasmie, 30 dan Syah Reza AzmeeRedza, 31. Dengan sekali lafaz, Irma Hasmie sah menjadi isteri kepada Reza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
Wang hantaran dirahsiakan namun begitu, Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220.Pengantin perempuan memberikan 13 dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang oleh pihak lelaki.
Mereka telah dipertemukan di kota Mekah ketika Irma menunaikan umrah dan Irma yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat.
“Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi kami yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah. Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.”
Sementara Redza pula berkata, “Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah. Tambahan cinta saya dan Irma bermula di tempat yang suci dan ia petanda baik buat kami. Saat terpandangnya, hati saya terdetik bahwa dia jodoh saya. Saya sangat selesa dengan Irma. Dia seorang yang memahami dan penyanyang. Saya berharap dia boleh jadi isteri yang solehah dan menjadi bidadari dunia untuk saya”.
Tuan punya gambar, Heliza dan Tuan Amin Idris – MC untuk majlis Akad Nikah dan juga Resepsi
Ditanya mengenai sudah dia berdepan dengan cabaran mengahwini seorang public figure yang tidak terlepas dihimpit kontroversi dan pelbagai macam hal.
“Saya mengenali Irma sebagai individu bukan sebagai artis. Dan saya yakin dia boleh bawa diri sepanjang menceburi dunia seni”, kata Redza yang bertugas sebagai Pengurus Akaun di Terrapixel Sdn Bhd.Sementara itu, majlis persandingan pasangan pengantin ini akan berlangsung di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang malam ini, 1 Julai, jam 8 malam.
Mengenai rancangan untuk berbulan madu, masih belum dipastikan lagi ke mana destinasi yang akan mereka kunjungi dan mengenai anak pula Irma hanya berserah kepada Allah.
“Kami masih belum putuskan nak honeymoon di mana. Belum fikir apa-apa lagi. Tapi InsyaAllah hasrat nak ke Mekah tu memnag ada dan kalau ada rezeki lebih, kami rancang nak mengerjakan haji. Tentang cahayamata, kami tidak merancang lagipun zuriat adalaha natara rezeki besar dari Allah. Kalau kami cepat dikurniakan cahaya mata, Allhamdulillah, kata Irma lagi yang kelihatan cukup berseri seri.
OH ARTIS: MANISNYA.. INDAHNYA JODOH DIPERTEMUKAN SEBEGINI. SESUNGGUHNYA SUAMI YANG BAIK MENJADI PEMBIMBING KE SYURGA ILLAHI
0 comments: