Batang Pokok yang Tumbang Lalu Membengkok untuk Selamatkan Kereta seorang Ustaz – Bila baca tajuk memang nampak pelik dan timbul soalan: Macamana batang pokok itu boleh membengkok pula dengan sendirinya? Tapi bila Admin dah baca kisah di bawah nie baru la tahu, tiada apa yang boleh dikata kecuali ucapan Subhanallah dan Allahuakbar.Di bawah ini adalah kisah disebalik tajuk artikel di atas. Admin jumpa masa sedang godek-godek Facebook, oleh kerana kisah ini pelik maka Admin kongsikan di blog www.PelikBinAjaib.com buat bacaan pelawat sekalian.
Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.Kisah tu setakat itu saja, di bawah ini adalah gambar pokok yang tumbang lalu membengkok di belakang kereta ustaz dalam cerita atas tu.
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.
Kepada pembaca samada hendak percaya atau tidak itu terserah Anda. Bagi Admin kejadian seperti ini memang boleh berlaku dengan kuasa Allah SWT. Kisah-kisah seperti inilah kadang-kadang mampu membuat kita insaf dan teringat akan keagungan dan kebesaran Allah SWT. Sekian, wallahua’lam.
0 comments: