Wednesday 4 July 2012

Adira Nafi Lakukan Suntikan Pada Wajah



Penyanyi kecil molek yang lahir daripada program realiti TV, Akademi Fantasia ke-8 (AF8) iaitu Siti Adira Suhaimi, 20, atau lebih mesra dipanggil Adira menafikan beliau melakukan suntikan pada wajah sebagaimana dakwaan beberapa pihak baru-baru ini.

Menurut Adira, perubahan yang berlaku terhadap kulit wajahnya yang kian hari semakin cerah luar biasa adalah disebabkan oleh amalan penjagaan kecantikan secara semulajadi. Selain itu, Adira turut menegaskan bahawa kulit beliau yang sekarang merupakan kulit asli  dan beliau tidak pernah mengambil sebarang bahan untuk hasil yang drastik, tetapi beliau hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul sahaja.

Menurut Adira lagi yang dihubungi oleh pihak portal hiburan murai.com.my, beliau turut mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk proses penjagaan kulit dan kesihatan. Adira turut menyatakan bahawa, kini beliau sudah menjumpai produk yang sesuai dengan kulit beliau, tambahan pula kulit beliau adalah sangat sensitif dan tidak mudah untuk menerima mana-mana  produk penjagaan kulit yang berada di pasaran.

Selain itu, untuk penjagaan kulit wajah secara konsistan, beliau turut melakukan facial sebanyak dua bulan sekali dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat. Jadi, untuk para wanita yang ingin tampil cantik dan cerah berseri seperti Adira, anda boleh mengamalkan penjagaan kulit seperti yang dilakukan oleh Adira.

Untuk perkembangan terbaru pula, kini Adira sedang merakamkan single terbarunya dan merancang untuk melahirkan album sulung tersebut tidak lama lagi. Jadi, bagi peminat-peminat Adira, tunggu kemunculan album tersebut di pasaran akan datang.

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: