Gossip : Johan As’ari (Botak) Hangat Bercinta Dengan Nabila Huda Di Twitter?
in
Gosip Artis
on 19:03:00
Wahhh mereka sekarang makin hangat diperkatakan.. bercinta sana sini, apa tunggu lagi botak,kahwinlah,kahwin tu kan amalan mulia..
Sebelum ini pernah timbul desas-desus dan gosip cinta mengenai Johan atau lebih dikenali dengan watak Botak (Juvana) dengan Nabila Huda. Namun begitu, tiada bukti sahih yang dapat membuktikan mereka benar-benar bercinta ataupun hanya sekadar gimik untuk drama lakonan mereka berdua.
Pagi tadi, Johan As’ari telah menulis beberapa status romantik di akaun Twitter-nya dan turut menyebut nama Nabila Huda (@abilsuhaimi) didalam statusnya. Antara status yang menarik perhatian OHBULAN! ialah, “Dia yang selalu mengajarku erti cinta,” dan beberapa lagi status-status cinta.
Kemungkinan besar ini hanyalah gimik Johan untuk drama terbarunya bersama Nabila Huda. Atau mungkin juga mereka sedang bercinta?
Namun OHBULAN! pasti ini hanyalah satu gimik kerana Erma Fatima (@erma_fatima) yang juga seorang pelakon dan pengarah filem telah menulis status terhadap Johan yang berbunyi, “Dia juga perempuan yang akan menjadi suri hidupmu dan ibu kepada anak2 ku.”
Hairan juga OHBULAN! apabila Erma berkata Nabila akan menjadi ibu kepada anak-anaknya, kan?
Jadi, kita tunggu penjelasan sebenar dari Johan As’ari dan Nabila Huda. Jika benar mereka bercinta, apa salahnya kan? Apa pun, ini hanyalah sekadar gosip, cukup sekadar dibaca, jangan percaya.
0 comments: