Bagaimana Untuk Melahirkan Cinta Kepada Allah?
Pada satu musim haji, beberapa orang
ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan
Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan
ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang
termuda di dalam majlis tersebut.
Mereka sedang membahaskan konsep cinta
kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan
pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang
lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal
tersebut.
“Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda
Iraq.” kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid
dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat
kembali kepalanya seraya berkata,
“Orang yang asyik Cinta kepada Allah
ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai
akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah
subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang
Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata
hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh
jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia
telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala
Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap
melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan
melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas
perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya
segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah
dan bersama Allah.”
Mendengar keterangan yang sangat
menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan
syeikh yang hadir, lalu berkata “Tidak ada penjelasan yang lebih baik
dan terang selain itu.” Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana
masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. “Semoga
Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian,” kata mereka lagi.
Firman Allah kepada Nabi Daud;
“HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan”
“Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)
Tersebut dalam Kitab Zabur:
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?”
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?”
Abu Sulaiman berkata;
“Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya.”
Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).”
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).”
Kata Junaid;
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.
Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:
1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10.Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10.Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.
0 comments: