Tuesday, 24 July 2012

Canon sasar kuasai 30 peratus pasaran kamera tanpa cermin


wahhh... canon lancar kamera baru tu...kamera ini dikatakan tanpa cermin,bagaimana tu?? anda boleh lihat sendiri di kedai-kedai berhampiran dengan anda sekarang, dapatkan segera kamera berteknologi tinggi, laporan di bawah ini dari harian metro,jom baca.

INI DIA...model menunjukkan kamera tanpa cermin jenama Canon.
 
INI DIA...model menunjukkan kamera tanpa cermin jenama Canon.
CANON Marketing (M) Sdn Bhd menyasarkan menguasai 30 peratus pasaran kamera tanpa cermin menjelang akhir tahun ini apabila didorong pelancaran kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) EOS M.
Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Pengimejan Canon Simon Wong berkata, 30 peratus bersamaan 1,500 unit EOS M sebulan sementara saiz pasaran 4,000 unit.

“EOS M penambahan terbaru kepada rangkaian Sistem Optikal Elektro (EOS). Dengan penambahan ini, Canon yakin ia boleh mencapai pertumbuhan 10 peratus tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya sempena pelancaran global EOS M di Kuala Lumpur, semalam.
Dengan pengenalan EOS M, Canon melancarkan dua lensa baru, EF-M18-55mm dan EF-M22mm, untuk melengkapkan kamera kelas terbarunya itu.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: