Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar angin kisah Alyah dan Datuk Ramli MS ini. Namun setiap kali ditanya, kedua-duanya akan menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Mungkin masih tidak bersedia berkongsi dengan para peminat mereka. Namun hari ini menerusi Media Hiburan, Alyah mengakui yang dia sedang mengenali hati budi Datuk Ramli MS.
Kata Alyah:-
Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat.
Semoga diaorang ni kekal ya.. Hubungan baik akan direstui oleh Allah s.w.t. amin...
0 comments: