Monday, 30 July 2012

10 Perkara Dilakukan Puasa Jadi Sia-sia

Assalamualaikum, hari ini kita sudah menjalani puasa suku bulan, jadi ada berapa hari lagi bulan puasa akan meninggalkan kita, sebelum terlambat mari kita renungkan, Puasa anda akan jadi sia-sia jika anda melakukan perkara ini, anda hanya menahan lapar dan dahaga,anda tidak dapat nikmat bulan ramadhan dan pahala berlipat ganda saya ingin kongsikan dengan anda petikan dari blog http://wanmerah.blogspot.com/

  • Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu
  • Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat
  • Ramai yang puasa tapi masih pergi dating
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam
  • Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh
  • Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat
  • Ramai yang puasa tapi masih mengumpat
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyurapai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat
Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik,mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan berjimat duit.

"Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari."

Daripada pengertian puasa kita tahu bahawa tak guna puasa kalau diri tak dapat menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jadi..Yang mana satukah kita?Adakah kita tergolong daripada golongan yang di sebut di atas atau sebaliknya?Renung-renungkan.Semoga Allah pelihara kita dunia dan akhirat. =)

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: