Kelebihan hari selasa sangat banyak, dan hari-hari lain pun begitu juga, mari kita baca apa kelebihan yang terdapat pada hari selasa ini.
Kelebihan hari Selasa dalam Islam
– Setiap hari di dalam 7 hari semuanya Ada kelebihan dan peristiwa yang
berlaku. Untuk artikel kali ini Admin mulakan dengan hari Selasa kerana
hari ini hari Selasa. Hari-hari lain Admin akan update esok, lusa dan
seterusnya semua berjumlah 7 hari.
Tahukah Anda apa kelebihan hari Selasa dalam Islam? Yakni dalam
sejarah Islam sejak Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad SAW. Di bawah
ini adalah antara kelebihan dan peristiwa yang berlaku pada hari Selasa,
atau dalam Bahasa Arabnya ditulis: الثلاثاء
Kelebihan hari Selasa dalam Islam
Rasulullah
saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa
adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya,
Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Karena pada hari itulah Siti Hawa Haid
& Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah
menjelaskan Bahwa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh,
diantaranya:
1.) Jurjais Bin Fathin as. dibunuh (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia
hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan
berhalanya)
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir’un
5.) Meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Fir’un
6.) Sahib, Sapi Betina Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.
Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada
hari Selasa. Demikian 7 peristiwa yang berlaku pada hari Selasa yang
dimana setiap peristiwa tersebut mempunyai hikmah dan pengajaran yang
dapat kita ambil ikhtibar daripadanya.
Amalan Zikir Hari Selasa
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
(ALLAH HUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAAALII MUHAMMAD)
Esok Admin akan kongsikan pula kelebihan hari Rabu dengan pembaca semua (Update: Kelebihan hari Rabu. Insya-Allah. Semoga artikel bertajuk Kelebihan hari Selasa dalam Islam ini dapat kita sama-sama ambil intipati daripadanya. Wassaam
0 comments: