Dewasa ini terdapat pelbagai
busana muslimah yang direka dengan potongan moden, bersesuaian dengan
peredaran zaman masa kini. Ini membuktikan bahawa tiada batasan untuk
wanita muslimah tampil menarik dan style dengan fesyen terkini asalkan
tetap berpegang teguh pada batas-batasnya.
Busana kaftan merupakan pilihan
kebanyakan wanita muslimah masa kini. Ini kerana potongannya yang sopan
dan menarik mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Disamping itu, ia turut sesuai digayakan dalam pelbagai majlis keramaian
dan amat fleksible untuk semua lapisan umur.
Pada dasarnya, busana kaftan ini berasal dari Timur Tengah, Maroko, dan ciri-ciri khas yang dimiliki oleh busana kaftan ini
adalah long dress yang direka dengan kain berlebih pada lengan hingga
membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bagian dada
dengan pelbagai variasi. Biasanya material yang digunakan adalah fabrik
sifon dan silk sutra.
Di Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza
merupakan salah seorang artis wanita yang gemar menggayakan busana
kaftan dan di sini pihak OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto Dato’
Siti mengenakan busana kaftan untuk tatapan peminat OHBULAN!
Busana kaftan berona unggu terang ini
kelihatan sangat cantik sekali apabila dipadankan dengan perincian
jemeki berona silver yang direka sedikit sarat dibahagian atas.
Disamping itu, susunan jemeki yang bermotifkan flora bersaiz besar
dibahagian dada menyerlahkan lagi penampilan dan keanggunan Dato’ Siti
Nurhaliza.
Busana kaftan rekaan Rizman Ruzaini
berona merah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang
memandangnya. Perincian jemeki berona putih silver yang sedikit sarat
dibahagian leher menaikkan lagi pesona dan keperibadian Dato’ Siti.
Busana kaftan berona hijau gelap yang
digayakan oleh Dato’ Siti ini kelihatan sungguh cantik dan menarik.
Susunan jemeki bermotifkan flora di bahagian dada dan pinggang
menonjolkan lagi kejelitaan dan keayuan Dato’ Siti.
Bagi individu yang gemarkan style
muslimah moden, anda boleh menggayakan busana kaftan ini untuk ke
majlis-majlis keramaian. Pastinya kehadiran anda akan memukau setiap
mata yang memandang.
Kredit Foto : Rizman Ruzaini
0 comments: