Friday 13 September 2013

Cara Selesaikan Hutang

Cara Selesaikan Hutang
Saya pasti setiap yang berkerja atau tidak berkerja dibelenggu dengan masalah hutang di sekelinling pinggang. Anda semua runsing dan risau bagaiman mahu menlunaskan hutang ini. Gaji tidak seberapa, dengan desakan kehidupan yang semakin maju di Malaysia, pendapatan harian tidak cukup untuk kita membeli sesuatu yang penting seperti rumah dan kereta. Desakkan kehidupan ini memaksa kita beruntang. Selesaikan hutang anda dengan cara yang betul.

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.


4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.


7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Teknik Menyanyi Pasti Sedap

Teknik Menyanyi Pasti Sedap
Teknik menyanyi pasti sedap di dengar, heheheh



teknik ini perlu di praktikan selalu agar ia bisa menjadi suara yang lunak di dengar. Anda hanya perlu melakukan teknik ini tiap-tiap hari. Anda tidak boleh berhenti, jangan endahkan apa orang nak kata yang penting anda ingin menyanyi dengan cara betul dan sedap di dengar. Nanyian yang betul akan membuat orang tidak suka mendengar, tidak semsetinya nyanyian kita atau suara kita tidak sedap tetapi nyanyi tidak sedap, suara tidak sedap ada caranya untuk menjadi sedap di dengar dengan iringan alunan muzik yang sedap.

Teknik-teknik nyanyian:
1. Menyanyi tiap-tiap hari.
2. selalu hafal lagu, jangan lupa lirik.
3. mendengar muzik.
4. praktikan nyanyian anda.
5. Cari cikgu vokal dan pelajarinya dengan betul.

Jika ingin tahu suara anda sedap atau tidak join pertandingan karoke,hehehe menang kira sedapla tu jika kalah bukan tidak sedap tetapi ada lagi yang hebat.

Selamat mencuba.

6 Teknik Pinjaman Perumahan Senang Lulus dan Berkesan

6 Teknik Pinjaman Perumahan Senang Lulus dan Berkesan





saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang membuat pinjaman perumahan atau apa-apa pinjaman dengan berkesan serta lulus dengan mudah, ada di antara kita orang kaya atau senang tetapi bila ingin membeli rumah atau apa-apa sahaja berkenaan dengan pinjaman pasti tersangkut. Banyak faoktor mempengaruhi sebenarnya kenapa pinjaman kita tidak lulus. Di sini saya ingin terapkan teknik-teknik meningkatkan peratusan lulus pinjaman anda.Pasti lulus jika anda ikut dengan cara betul. Pihak bank sebenarnya ingin melihat kita komitmen menyimpan atau membayar sesuatu pinjaman, kita hanya perlu membuat mereka yakin dengan kita. Baca selanjutnya...

6 CARA UNTUK MENINGKATKAN PERATUS KELULUSAN
Untuk mendapatkan ‘temuduga’ kerja bukanlah merupakan perkara yang amat merumitkan. Bahagian yang agak payah adalah apabila berdepan dengan kemungkinan bakal bos dan pada masa itulah dirasakan semuanya bergantung kepada interaksi temuduga pada masa itu.
Tidak banyak bezanya juga di sebalik mendapatkan pembiayaan perumahan.
Agak mudah untuk menjumpai dan melepasi gred permulaan institusi pembiayaan perumahan. Tetapi untuk mendapatkan mereka menawarkan jumlah pembiayaan sebenar yang diperlukanlah agak sukar dan tidak dapat dijangkakan.
Teruskan membaca pedoman tertera untuk melihat bagaimana caranya untuk memenangi mereka.
1. Elakkan Diri Dari Pinjaman-pinjaman Yang Lain
Jikalau anda merancang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan perumahan dalam masa terdekat, jangan terlalu ‘mewah’ dalam melakukan sebarang perbelanjaan.
Cuba untuk tidak mendapatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi ataupun sebarang pinjaman yang lain.
Jikalau terpaksa juga, cuba untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman tersebut sebelum menghantar permohonan untuk sebarang pinjaman/pembiayaan perumahan.
Cuba untuk melangsaikan semua hutang-hutang kad kredit. Ia bukannya bermaksud dengan berhenti menggunakan kad kredit tetapi cuba pastikan yang anda tidak membawa ke depan baki hutang kredit ke bulan akan datang dan hanya membayar nilai minimum.
Semua perkara yang tersebut diatas bertujuan untuk mengelakkan diri anda daripada berada dalam situasi ‘berhutang’ apabila hendak memohon pinjaman/pembiayaan.
Institusi pembiayaan perumahan mempunyai tanggapan bahawa apabila seseorang itu mempunyai pinjaman yang besar atau banyak, sebahagian besar pendapatannya semestinya akan digunakan untuk melangsaikan pinjaman-pinjaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu kemungkinan besar tidak akan mempunyai wang yang lebih untuk menyelesaikan pembiayaannya itu.
Selain itu, tidak mempunyai tanggungan pinjaman yang terlalu banyak untuk difikirkan semestinya adalah lebih baik untuk seseorang individu.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa jikalau memang mempunyai hutang pinjaman, jangan cuba untuk menyembunyikannya. Jikalau tidak, permohonan memang tidak akan dipertimbangkan lagi.

2. Elakkan Diri Daripada Mengeluarkan Amaun Wang Yang Banyak Dari Akaun Bank
Pastikan diri untuk tidak menggerakkan/mengeluarkan wang yang banyak dalam jangka masa 6 bulan sebelum memohon pinjaman/pembiayaan. Pihak institusi kewangan akan meminta penjelasan sekiranya terdapat sebarang pengeluaran wang yang banyak atau kemasukkan wang yang banyak secara tiba-tiba.
Elakkan diri daripada membuat sebarang pembelian besar semasa dalam tempoh membeli rumah.
Jangan melakukan perkara yang akan menghalang kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman/pembiayaan.
Cuba untuk mengekalkan baki yang seimbang dalam akaun-akaun bank.
Simpan wang yang cukup dalam bank untuk meyakinkan pihak insitusi kewangan bahawa anda mampu untuk membayar ‘margin amount’ dalam lingkungan 15 atau 20 peratus.
Selalunya, insitusi pinjaman/pembiayaan kewangan tidak akan membayar seluruh jumlah pinjaman/pembiayaan yang anda perlukan untuk membeli rumah. Jumlah pinjaman/pembiayaan dalam 80 peratus dan anda perlu menanggung baki 20 peratus. Ini dikenali sebagai ‘margin’ pembiayaan. (Walau bagaimanapun, terdapat institusi pembiayaan yang akan memberi pembiayaan sehingga 100% termasuk MRTA bergantung kepada terma dan syarat tertentu seperti panel ‘developer’ dan sebagainya.)
3. Rangkumkan semua pendapatan selain daripada gaji pekerjaan
Sekiranya anda mempunyai pendapatan tetap sampingan seperti penyewaan rumah dsbnya, sertakan maklumat tersebut semasa memohon. Ia akan membantu dalam mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
Insitusi pembiayaan tidak akan mengambilkira pendapatan sampingan yang tidak tetap seperti pendapatan kapital ataupun pulangan faedah daripada sumber-sumber lain dalam menentukan kelayakan pembiayaan. Walaupun begitu, ‘security’ tambahan seperti ‘bonds’, ‘Fixed Deposits’, dsbnya akan membantu meningkatkan ‘kredibiliti’ anda.
4. Cuba Untuk Mengekalkan Pekerjaan Yang Tetap
Kerapkali menukar pekerjaan dalam tahun sebelumnya memohon pembiayaan boleh merendahkan peluang anda memdapatkannya.
Sekiranya anda menukar pekerjaan daripada yang berpendapatan tetap kepada pekerjaan ‘self-employed’ atau persendirian, adalah amat sukar untuk mendapatkan pembiayaan. Institusi pembiayaan akan memerlukan anda untuk menunjukkan yang syarikat anda telah beroperasi selama beberapa tahun, dan mengisytiharkan keuntungan dan yang menunjukkan pulangan tetap.
5. Lebih baik untuk memohon lebih dari seorang individu
Jikalau institusi pembiayaan tersebut tidak dapat memberikan jumlah amaun yang anda perlukan, anda boleh cuba mendapatkan pemohon bersama (‘co-applicant’). Individu tersebut perlulah mempunyai pendapatan yang tetap dan konsisten. Ini boleh membantu sekiranya anda memerlukan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
  • Pemohon bersama tidak semestinya mempunyai pendapatan tetap. Pendapatan ‘home-based’ seperti daripada kelas tuisyen ataupun upah menjahit juga akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, intstitusi pembiayaan tersebut mungkin akan memerlukan rekod cukai pendapatan difailkan setiap tahun.
  • Cuma saudara terdekat dalam keluarga anda yang dibenarkan menjadi pemohon bersama –> ibubapa-anak, suami-isteri… Dalam kes-kes tertentu, adik-beradik dibenarkan.
  • Permohonan bersama tunang boleh dipertimbangkan tetapi amaun sebenarnya hanya akan dibayar setelah perkahwinan dilangsungkan.
  • Sekiranya institusi pembiayaan tersebut memerlukan pemohon bersama dan anda tidak dapat melakukannya, anda akan diperlukan untuk mendapatkan penjamin (‘guarantor’).
6. Kepentingan mendapatkan Guarantor
Walaupun segelintir institusi kewangan tidak akan mendesak dalam mendapatkan penjamin, mendapatkannya akan meningkatkan kredibiliti anda.
Dalam kes-kes tertentu seperti di bawah, institusi kewangan akan memerlukan seorang penjamin:
  • Pemohon yang bekerja sendiri tetapi kekurangan dari segi kelayakan profesional.
  • Terdapat kemungkinan yang pemohon akan ke luar negara untuk tugasan jangka masa panjang (seperti dalam industri perisian IT)
  • Pemohon sering dipindah (‘transferred’).
  • Pemohon tidak menetap di bandar dimana hartanah dibeli
  • Pemohon memohon sendiri dan tidak mempunyai pemohon bersama.
Sahabat ataupun ahli keluarga boleh menjadi penjamin walaupun ini tidak digalakkan untuk mengelakkan sebarang ‘kejadian’ tidak diingini di masa hadapan.
Perlu diingatkan bahawa seseorang penjamin itu perlu memenuhi kriteria dari segi umur dan pendapatannya.
Sekiranya anda gagal untuk membayar balik pembiayaan, penjamin anda yang perlu membayar bayaran tersebut.
Rasional di sebalik mendapatkan penjamin adalah untuk meletakkan kewajipan terhadap anda untuk membayar ansuran pembiayaan setiap bulan (EMI). Jikalau terdapat sebarang kemungkiran walau apa sebab pun dalam pembayaran, penjamin anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut.
Inilah serba sedikit berkenaan dengan 6 cara untuk anda mendapatkan ‘kepercayaan’ institusi kewangan/perbankan.
Sekiranya pihak mereka masih tidak yakin, anda boleh meminta cadangan untuk meningkatkan kredibiliti anda.

sumber :http://homeloan2u.wordpress.com

Thursday 5 September 2013

Cara Tidur Nyenyak

Cara kita tidur nyenyak, ramai orang tidak dapat tidur dengan nyenyak, mengapa?? pasti anda tidak tahu bagaiman mahu tidur dengan nyenyak, di sini ada caranya, baca sampai habis cara atau tips tidur dengan nyenyak. jangan main-main dengan tidur, jika tidur tidak cukup anda akan mengalami kepenatan atau tidak sihat.


Agar Anda tidak malas bangun pagi dan bisa segar setelah bangun pagi, berikut ini tips cara agar bisa tidur nyenyak saat malam hari:

1. Hindari makan atau minum saat akan tidur karena ini bisa menganggu kualitas tidur nyenyak Anda. Usahakan jangan minum kopi, merokok atau meminum minuman beralkohol menjelang tidur. Karena hal itu pula yang menganggu kenyamanan tidur Anda.

2. Tetapkan waktu tidur dan bangun yang tepat. Jadi jika Anda tidur pada jam yang sudah Anda tentukan, Anda harus sudah pergi ketempat tidur. Lakukan ini setiap hari. Begitu juga dengan ketika Anda bangun, Anda harus juga menetapkan bangun pada waktu yang sudah Anda tentukan dan lakukan ini setiap hari.

3. Membuat kondisi kamar Anda lebih nyaman untuk tidur. Ini bisa dilakukan dengan mendengarkan musik yang beralunan lembut maupun menggunakan lampu kamar yang redup juga dapat membantu membuat kualitas tidur Anda lebih nyenyak. Usahakan mematikan tv sebelum berangkat tidur. Agar tidak menganggu tidur Anda di larut malam dengan kondisi tv yang masih menyala.

4. Batasi waktu tidur siang. Dalam hal ini jangan sampai tidur siang Anda terlalu lama. Usahakan tidur siang selama 10-30 menit saja. Hal ini untuk menjaga kualitas tidur malam Anda lebih nyenyak.

5. Usahakan mengolahraga tubuh Anda setiap hari. Ini bisa dilakukan di waktu pagi hari dengan olahraga pagi. Hal ini dapat membantu membuat kualitas tidur Anda lebih terasa nyenyak.

6. Jauhkan gadget dari tempat tidur. Menjauhkan gadget dari tempat tidur Anda juga bisa membuat Anda tidur nyenyak. Karena kalau kita tidur dengan gadget berada di dekat tempat tidur, saat kita terbangun tengah malam maka biasanya secara refleks kita akan memainkan gadget tersebut, entah itu sekedar membuka sms, melihat status facebook atau lainnya.

7. Usahakan tempat tidur yang Anda gunakan dapat membuat Anda sangat nyaman. Dalam hal ini jangan terlalu sempit sehingga Anda sulit bergerak dikasur atau tempat tidur yang Anda tempati.

8. Hindari ketegangan dan banyak berfikir saat akan tidur. Berangan-angan sebelum tidur terkadang bisa membantu mempercepat kita untuk tidur. Namun, apabila Anda memikirkannya secara berlebihan, maka ini akan menjadi sebuah tekanan dan beban tersendiri bagi otak yang seharusnya beristirahat.