Sunday 16 February 2014

Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'




Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret menetapkan 7 dan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali 'Kasanova' pada Oktober lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes hari ini.


Bagi pertuduhan pertama wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober lepas.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala tertuduh yang telah lebih 20 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C. Navarednam. - BERNAMA

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini
Tahniah saya ucapkan kepada Hanez Suraya, bagus kita bina masjid awal-awal ni. Semoga kekal berpanjangan. Beruntung ahli perniagaan yang dapat memperisterikan Hanez yang cantik menawan.

Satu lagi berita gembira untuk dikongsikan hari ini. Pelakon jelita, Hanez Suraya menerusi Metro Ahad semalam dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan pada tahun ini. Untuk makluman, Hanez kini berusia 29 tahun sementara bakal suaminya pula 34 tahun. Sesuai sangat dah umur tersebut untuk berkahwin kan?
hanez suraya
Menerusi kolum yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin, ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez Suraya untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan keluarga rapat kedua-dua belah pihak.
hanez suraya
Paling lama pertunangan akan diikat selama 6 bulan sebelum mereka berdua akan bergelar suami isteri. Tak sabar rasanya untuk melihat Hanez Suraya dan bakal suaminya diijabkabulkan. Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebelum ini pun Hanez sering kecewa dalam percintaan. Semoga kali ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Hanez dan bakal suami.

Kami Puas Hati Dengan Kedudukan Ketiga – Bocey

Kami Puas Hati Dengan Kedudukan Ketiga – Bocey
 Bocey berpuas hati dengan kedudukan ketiga.

sumber: http://beautifulnara.com
Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini nampaknya penuh dengan pelbagai kontroversi. Namun apa yang tidak boleh dinafikan ialah impak program ini kepada kumpulan Bocey. Daripada tidak dikenali, Bocey berjaya merangkul tempat ketiga di dalam pertandingan penuh hebat ini. Buat kumpulan yang pertama kali memasuki MLM, ia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.

bocey maharaja lawak ketigaAda suara-suara yang menyatakan Bocey sepatutnya bergelar juara. Namun kerana mereka bukannya kumpulan yang lahir daripada produk Astro, gelaran juara gagal dimiliki. Ditanya mengenai persoalan ini, Bocey menjawab menerusi Pancaindera:-
Sejujurnya apa-apa pun keputusan tempoh hari adalah sesuatu yang tak dijangka. Kami tak pernah mempertikai keputusan juri dan undian ramai untuk Sepahtu. Kami pun dah cukup puas hati dengan kedudukan ketiga walaupun kami tak begitu popular berbanding Sepahtu dan Shiro. Kami pun tak sangka mampu sampai ke tahap itu.
Kami buat persembahan lawak dengan ikhlas dan lebih pentingkan persahabatan. Kami tak sasarkan pun sebab kami percaya kalau ada rezeki jadi juara maka sudah tentulah kami akan mendapat rezeki itu. Tapi keputusan menempatkan kami di kedudukan ketiga itu pun sudah bersyukur sebab bukan senang nak cakapi tahap itu.
bocey

Secara jujur, persembahan kumpulan Bocey setiap minggu memang menggeletek hati dan sentiasa “fresh”. Tiada lawak ulangan dan nampak seperti mereka banyak membuat “homework”. Apa pun, nombor tiga memang sangat sesuai dengan Bocey kerana ini kali pertama mereka menyertai pertandingan seumpama ini. Diharap Bocey terus bekerja keras, kekalkan sikap rajin dan merendah diri. Mana tahu MLM2014 nanti boleh jadi juara pulak. Siapa tahu kan?