Tuesday 25 September 2012

Panduan Cara Daftar PayPal

Panduan Cara Daftar PayPal


Salam semua, lama saya tak coretkan apa-apa dekat blog ini, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara daftar paypal. Anda tahu apa itu paypal, saya nak cerita pun tak pandai sangat, anda semua search saja dekat internet ya. Sesiapa yang suka buat bisnes patut ada akaun paypal, lagi-lagi berurusan dengan luar negara, kabanyakkan mereka semua suka guna akaun paypal atau kad kredit, ramai orang yang tiada kad kreditkan, jadi paypal jawapannya untuk membantu dan melacarkan bisnes anda.

Saya tidak mahu cakap banyak baca disini atau download sekarang:-


Panduan Daftar Paypal


Selamat mencuba....

Monday 24 September 2012

Cara Pantas Buka Akaun Adsense

Cara Pantas Buka Akaun Adsense
Anda tahu apa itu andse??


Dengan Adsense anda dapat menjana pendapatan anda sendiri, yang pasti hasilnya dalam USD, menarikkan... Bagaimana mahu dapatkan akaun adense?? ada yang cakap susah ada yang cakap senang, bagi saya dua-dua pun betul, tetapi ada cara senang untuk dapatkan akaun adsense dengan menggunakan pihak ketiga seperti http://www.docstoc.com . Bila dah approve, anda boleh mula menjana income dan promosikan segala iklan yang diberi oleh pihak google, cara promosi anda boleh search dekat pak cik google. Selain itu,untuk memudahkan promosi anda, anda perlu ada blog lagi senang. Anda tahu tak dengan hanya klik pada iklan kita sudah dapat income, income yang diberi pihak google tidak akan bagitahu.

Kali ini saya akan cerita bagaiman nak daftar dan di approve guna pihak ketiga.


Caranya :
1. Klik Register
2.Penuhkan semua maklumat ( Patikan email yg digunakan belum pernah memohon akaun sebelum ni juga bukan email yang pernah kena ban dengan google )
3.selepas submit borang .. buka email dan log in masuk ke docstocs ..
4. Penuhkan semua profile peribadi dalam tu .. atau sekurang-kurangnya 80% dari profile anda ..
5. Upload la apa-apa document sehari dalam 2 document … upload la cerita kanak2 ke aper tak kisah ..
6.Hari – ke 2 baru cari DocCash Settings untuk mohon akaun Google adsense …sebelum tu jangan lupa upload lagi 2 document … ( konon nak tunjukkan anda aktif sebagai tukang upload )
7.Hari ke 3 … Tahniah ! Akaun Google Adsense anda dah lulus dah…

 Sebelum itu, anda perlu aktif dengan docstoc ini...

Selamat Mencuba

sekian…


3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut, Lelaki Tak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi

3 Kali Pakai Seluar Atas Lutut, Lelaki Tak Boleh Jadi Wali – Abby Abadi

Petikan cerita ini di ambil dari portal http://www.ohbulan.com , jika benar, buktikan cari dalil-dalil yang menyatakan perkara itu benar. Apa  -apa pun kita perlu rujuk kepada yang arif tentang agama,betul tak??


Terkejut juga OHBULAN! hari ini apabila membaca sebuah artikel dari Buah Mulut. Apa tidaknya, Abby Abadi mengatakan bahawa tidak sah bagi lelaki menjadi seorang wali jika memakai seluar pendek atas lutut lebih 3 kali.

Abby Abadi ketika menyampaikan ceramahnya di Rumah Terbuka Hari Raya di Ampangan, Negeri Sembilan turut menjelaskan bahawa Malaysia berada didalam bahaya dari segi Ekonomi dan Agama.
Tidak menidakkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh Abby. Mungkin ada seseorang yang lebih layak untuk mengesahkan benar atau tidak hukum ini. Ustaz Azhar Idrus mungkin?

Tuesday 18 September 2012

Beberapa gambar aktiviti Putera William dan Kate Middleton semasa di Sabah

Beberapa gambar aktiviti Putera William dan Kate Middleton semasa di Sabah



Beberapa gambar Putera William dan Kate Middleton di sabah.. jom tengok sam-sama.


Putera Raja Britain, Prince William dan isterinya Kate Middleton tiba di Malaysia pada 13 September yang lalu bersempena lawatan 3 hari mereka di Malaysia. Pasangan diraja itu sebelumnya telah memulakan lawatan diraja mereka selama beberapa hari bermula di Singapura, sebelum singgah di Malaysia dan terus ke Solomon Islands dan Tuvalu.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone berkata lawatan yang dilakukan ini bersempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Queen Elizabeth selain ianya meraikan hubungan rapat Kuala Lumpur-London yang telah terjalin sekian lama.
Berikut adalah beberapa gambar yang kami terima berkenaan aktiviti yang mereka lakukan di Sabah. Nampaknya sangat aktif mereka berdua ni.

william-kate-malaysia
william-kate-malaysia
william-kate-malaysia
Eh, dia pun sibuk nak enter-frame juga. Hehe.
william-kate-malaysia
william-kate-malaysia
Tapi antara Kate Middleton dan Siti Nurhaliza, siapa yang lebih hot? Tengok artikel ini. Apapun di masa akan datang, jemput datang lagi Price William dan Kate ya! Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke sini.

Misha Omar Ambil Anak Angkat? Betul Ke???




Misha Omar yang kini masih lagi mengikat tali pertunangan dengan pasanganya, Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu kini dikatakan mengambil anak angkat mengikut sumber yang masih lagi tertanya-tanya mengenai hal yang sama. Namun ada juga yang menyatakan ia adalah anak kepada ahli keluarga Misha yang sudah berkahwin.

Mana satu diantara atas itu memang susah untuk ditentukan, sesiapa yang tahu bab ini rasanya boleh lah berkongsikan bersama. Dimaklumkan juga, Misha dan Firos yang bakal berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri terpaksa akan berkahwin pada tahun hadapan atas sebab-sebab tertentu.

Thursday 13 September 2012

Betul ke Nabil Rajalawak Join Kumpulan BoBoi??



Wahhh Nabil betul ke ni?? Tahniah ya.. semoga perjuangan anda dalam dunia seni tanah air bertambah cemerlang...


sumber

'Nama Boboi bukan asing lagi buat kita, siapa yang menonton Maharaja Mega Lawak pastinya sudah mengetahui nama kumpulan ini, yang diterajui oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Dan yang pasti kini kumpulan Boboi telah menerima ahli baru untuk dijadikan anggota kumpulan, siapa lagi, pelawak yang terkenal juga, Nabil.

Penyertaan Nabil adalah dikatakan untuk episod Lawak ker Der? 2. Dan dia diberi gelaran 'boboi nge' atau lebih dikenali 'boboi telinga' kerana telinganya yang capang. Ini semua adalah keputusan yang muktamad oleh Afdlin, dan Nabil dengan lapang dada mahu menyertai kumpulan ini sebagai ahli tetap yang juga dikenali dengan pelawak 3 generasi, kita nantikan persembahan mereka dalam Lawak Ker Der? 2 nanti.

Wednesday 12 September 2012

Rozita Che Wan Masih Belum Ada Calon Suami, Nak lelaki Bujang??



Ermmmm cerita pasal artis yang belum kahwin memang banyak di malaysia ni... apatah lagi artis kahwin cerai kahwin cerai selepas itu tidak kahwin-kahwin lagi, Macam Rozita Che Wan ni, sudahlah cantik, gebu comel, maintain lagi tu, ramai lelaki yang berkerjaya apatah lagi lelaki bujang gilakannya... apa-apa pun kita doakan Rozita dalam bahagia dan di rahmati Allah sentiasa.

sumber

Kalau sebut nama Rozita Che Wan, pasti akan keluar cerita mengenai perkahwinannya. Sekejap ada gosip kata RCW dah kawin, sekejap kata bakal berkahwin tahun ini. Macam-macamlah cerita yang keluar. Kadang-kadang kesian juga kat Che’ Ta nie.

che ta

Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-
Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.
Abang Nara suka part “saya juga tidak suka dengan lelaki yang suka berkahwin“. Ini bermakna anda yang masih bujang dan teruna di luar sana, peratusan anda adalah lebih tinggi untuk memikat hati Rozita Che Wan. Namun haruslah persiapkan diri daripada segi kewangan dan hati terlebih. Ada berani?

Monday 3 September 2012

Pasukan Liga-M lamar Owen? betul ker??

Pasukan Liga-M lamar Owen? betul ker??



 
Michael Owen belum menyertai mana-mana kelab meskipun tempoh perpindahan pemain di EPL sudah berakhir 31 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR - Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M).
Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu.
Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu.
Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen.
Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31.
Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia.
Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).
Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan.
Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City.
Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England. Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol.
Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol.

Ye Ke Abby Abadi Tak Faham – Dr. Asri


 Huuuu macam-macam cerita ada sekarang, tak sempat nak ikut, malah ketinggalan lagi, cerita ni tentang artis kita lah, artis mana lagikan... sumber cerita ini di ambil dari blog http://beautifulnara.com/,  Jom sama-sama kita baca ya... apa yang tak oknya...

Metro Ahad semalam berjaya mendapatkan ulasan panjang daripada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri berkaitan tindakan Abby Abadi yang mempertikaikan persoalan hudud yang dikeluarkan olehnya menerusi Twitter baru-baru ini. Dr. Asri menyifatkan tindakan Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam Twitter sebagai kebudak-kebudakan selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya itu.

asri abby abadi
Berikut ialah kata-kata Dr. Asri yang disiarkan menerusi Metro Ahad:-
Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama? Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya.
abby abadi
Sementara itu Abby Abadi turut dihubungi oleh pihak Metro Ahad untuk menjelaskan apa yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitter itu. Kata Abby:-
Tidak payah cakap soal hudud tetapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal.
Abang Nara rasa, Dr. Asri dan Abby Abadi patut berjumpa dan berbincang untuk membincangkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh diri masing-masing. Biasalah kalau pendapat menerusi dunia online ini memang sukar sedikit difahami. Lebih-lebih lagi kalau menerusi Twitter yang menghadkan kepada 140 aksara. Pasti apa yang cuba disampaikan sukar untuk difahami oleh semua pihak. Tak gitu?

Sunday 2 September 2012

Tema Baju Raya Tahun Ini

Salam dan selamat beraya yang masih beraya lagi pada hari ini, bagi yang menunaikan puasa 6,tahniah buat anda.. Tema baju raya saya dan isteri pada tahun ini ialah ungu, ungu warna kegemaran saya.

Nak tengok baju raya kita orang... lihat gambar di bawah...



Cantik tak? harap-harap ok ya...