Sunday, 17 February 2013

(GAMBAR)Emma Maembong Sudah Putus Cinta!! Betul ke??

(GAMBAR)Emma Maembong Sudah Putus Cinta!! Betul ke??
Salam,lama tak berblogkan... hari ni saya nak post pasal artis kecil molek comel loten ni, nama dia Emma Maembong, dengar cerita si Emma ni dah putus cinta betul ke tak?? Ermmm ada can lah lelaki-lelaki yang sukakan gadis lembut, putih kecil molek ni... saya pun suka, da rezeki saya ajak jer dia kawan ke,kahwin ke,hehehhe mimpi ajerlah.... Apa-apa pun kita baca cerita ini saya copy dari blog http://beautifulnara.com


Semalam, melalui sisipan Bi-pop dari akhbar Berita Minggu, pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Emma Maembong telah memberitahu yang hubungan cintanya dengan pemuda bernama Adli yang dikenalinya sejak berusia 15 tahun telah berakhir.
Jadi, sekarang Emma Maembong sudah single lah. Bolehlah pembaca BN yang berminat mengorat Emma selepas ini (harapan palsu, LOL).

Emma bagaimana pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh.
Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni.
Emma juga tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular untuk ABPBH 2012, namun menyatakan dia tidak meletakkan harapan menggunung untuk menang.
Menurut Emma lagi, dia menyerahkan soal ABPBH 2012 kepada kelab peminatnya, EmmaVengers yang menurutnya rajin menganjurkan aktiviti dan melobi undian untuknya di Twitter.
Empat gambar Emma bersama si cantik Cha Cha Maembong di program Amazing Race anjuran majalah Mangga Sabtu lepas dengan membaca entri ini sepenuhnya.