Saturday 14 May 2016

Berita Baik - Keputusan masuk Universiti Awam, Politeknik Premier diumum Isnin Ini

Berita Baik - Keputusan masuk Universiti Awam, Politeknik Premier diumum Isnin Ini
Berita Baik - Keputusan masuk Universiti Awam, Politeknik Premier diumum Isnin Ini | Berita yang dinanti oleh lepasan spm dan setarafnya akan terjawab isnin ini,semoga anda terpilih untuk sambung belajar di IPTA. Selamat Berjaya Semua.

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak Isnin ini, mulai jam 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail, berkata pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi UA berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi mulai Selasa.
Katanya, semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh UA atau Politeknik Premier menerusi laman web rasmi UA atau JPP.

"Kegagalan calon mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional atau METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada 26 Mei ini mulai jam 12 tengah hari.

Asma berkata, hanya pemohon yang gagal menerima tawaran ke UA atau Politeknik Premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan yang akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 26 Mei hingga 31 Mei ini di http://upu.mohe.gov.my.

"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA atau Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

"Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun ini. Jika tiada tawaran diterima daripada UA atau Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di UA atau Politeknik Premier berkenaan, rayuan dianggap gagal," katanya.


 

Tuesday 3 May 2016

Gadget IT - iPhone SE dijual Mei ini

Gadget IT - iPhone SE dijual Mei ini
 iPhone SE
 
 Gadget IT - iPhone SE dijual Mei ini | kepada pengemar atau pengila iphone jangan ketinggalan dengan model terbaru iphone yang sangat super hot akan berada di pasaran tidak lama lagi pada bulan Mei ini.

MODEL terbaharu telefon pintar iPhone SE akan mula dijual di pasaran tempatan mulai 13 Mei ini.
Memetik Amanz.my, salah satu pengedar utama barangan Apple di Malaysia, Switch mengumumkan, model terbaharu itu akan mula dijual melalui kedai fizikal dan atas talian mulai 13 Mei 2016.

"Iphone SE akan mula dijual di outlet Switch dan atas talian pada 13 Mei 2016," katanya melalui laman Facebook rasmi Switch.

Sementara itu, harga yang ditawarkan bermula RM1,949 bagi versi 16GB manakala bagi versi 64gb berharga RM2449.

iPhone SE merupakan telefon pintar bersaiz 4-inci daripada Apple yang mengekalkan rekaan bersaiz kompak seumpama iPhone 5S sebelum ini, tetapi pada masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi dan spesifikasi terkini termasuk penggunaan cip A9, dan sokongan kamera belakang 12-megapixel.
Syarikat telekomunikasi tempatan turut dilaporkan bakal menawarkan iPhone SE melalui pakej mereka.

Inilah Dikatakan Cinta Sejati

Inilah Dikatakan Cinta Sejati
Cinta sejati, suami maut terbakar selamatkan isteri
YIXING - CHINA .

Seorang suami mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan isteri daripada kebakaran sebuah van yang dipandunya, kebakaran berlaku dipercayai dek kerana terjadinya satu kecelakaan jalan raya.

Memetik laporan daripada Shanghaiist.com, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, di kota Yixing, Daerah Jiangsu, itu disaksikan oleh orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.00 pagi waktu tempatan itu, membabitkan pertembungan sebuah bas dengan van.

Menurut para saksi, pemandu van itu dilihat mendorong sang isteri keluar daripada van yang sedang terbakar, namun dia sendiri ditelan api kerana tidak sempat berbuat demikian selepas membantu isterinya keluar daripada van itu.

Netizen melontarkan pujian kepada sang suami kerana keberaniannya itu, bahkan ketika berhadapan dengan  maut. “Inilah cinta sejati, iaitu  mengorbankan diri sendiri untuk seseorang yang dicintai,” kata seorang netizen.

“Aku menangis ketika sedang menuliskan ini, aku harap dia beristirehat dengan damai dan sang isteri boleh mendapatkan ketenangan diatas sifat keberanian suaminya,” kata seorang netizen lain.

Kemalangan kereta yang mengakibatkan kebakaran di jalan-jalan raya di China sudah selalu terjadi.

Awal tahun lalu, seorang warga China berusia 24 tahun menjadi pahlawan setelah menyelamatkan lima orang anggota sebuah keluarga sesaat sebelum kenderaan keluarga itu meletup dan terbakar.