Saturday, 14 May 2016

Berita Baik - Keputusan masuk Universiti Awam, Politeknik Premier diumum Isnin Ini

Berita Baik - Keputusan masuk Universiti Awam, Politeknik Premier diumum Isnin Ini | Berita yang dinanti oleh lepasan spm dan setarafnya akan terjawab isnin ini,semoga anda terpilih untuk sambung belajar di IPTA. Selamat Berjaya Semua.

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak Isnin ini, mulai jam 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail, berkata pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi UA berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi mulai Selasa.
Katanya, semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh UA atau Politeknik Premier menerusi laman web rasmi UA atau JPP.

"Kegagalan calon mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional atau METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada 26 Mei ini mulai jam 12 tengah hari.

Asma berkata, hanya pemohon yang gagal menerima tawaran ke UA atau Politeknik Premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan yang akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 26 Mei hingga 31 Mei ini di http://upu.mohe.gov.my.

"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA atau Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

"Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun ini. Jika tiada tawaran diterima daripada UA atau Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di UA atau Politeknik Premier berkenaan, rayuan dianggap gagal," katanya.


 

banner
Latest
Next Post

0 comments: