Tuesday, 3 May 2016

Inilah Dikatakan Cinta Sejati

Cinta sejati, suami maut terbakar selamatkan isteri
YIXING - CHINA .

Seorang suami mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan isteri daripada kebakaran sebuah van yang dipandunya, kebakaran berlaku dipercayai dek kerana terjadinya satu kecelakaan jalan raya.

Memetik laporan daripada Shanghaiist.com, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, di kota Yixing, Daerah Jiangsu, itu disaksikan oleh orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.00 pagi waktu tempatan itu, membabitkan pertembungan sebuah bas dengan van.

Menurut para saksi, pemandu van itu dilihat mendorong sang isteri keluar daripada van yang sedang terbakar, namun dia sendiri ditelan api kerana tidak sempat berbuat demikian selepas membantu isterinya keluar daripada van itu.

Netizen melontarkan pujian kepada sang suami kerana keberaniannya itu, bahkan ketika berhadapan dengan  maut. “Inilah cinta sejati, iaitu  mengorbankan diri sendiri untuk seseorang yang dicintai,” kata seorang netizen.

“Aku menangis ketika sedang menuliskan ini, aku harap dia beristirehat dengan damai dan sang isteri boleh mendapatkan ketenangan diatas sifat keberanian suaminya,” kata seorang netizen lain.

Kemalangan kereta yang mengakibatkan kebakaran di jalan-jalan raya di China sudah selalu terjadi.

Awal tahun lalu, seorang warga China berusia 24 tahun menjadi pahlawan setelah menyelamatkan lima orang anggota sebuah keluarga sesaat sebelum kenderaan keluarga itu meletup dan terbakar.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: