Sekarang ni ada cara mengesan orang yang suka tipu, dan cara ini adalah di tafsirkan melalui al-quran, Al-quran dapat merungkai dan mengesan penipuan...
Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan ~ Subhanallah
Allahuakbar, salah satu bukti bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat
Kalamullah. Ajaib dan luar biasa! Siapa sangka pada waktu seribu empat
ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar
cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi
memberi makna yang sangat jelas melalui ayat tertentu.
Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin Admin kongsikan
bersama pembaca blog www.PelikBinAhjaib.com tentang suatu kaedah yang
digunapakai pada masakini bagi mengesan pembohongan. Kaedah tersebut
menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetik atau lebih
dikenali sebagai FMRI (Functional Magnetic Resonance Imaging).
Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak
sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat
mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik
dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh
dikesan melalui kaedah FMRI.
Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan
pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang
yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.
Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu
berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang
bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding
dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian
hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak
balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area,
hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika
bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu
temporal lobe dan cigulate gyrus.
Sekarang Admin kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi
kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah
membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat
demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang
mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami
mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk
pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud
ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta)
yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal
menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang
dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah,
suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran
sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia.
Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.
Sumber artikel ini Admin ambil daripada ehbloger.blogspot.com dan ubah beberapa baris ayat dengan ayat Admin sendiri. Semoga sama-sama dapat ambil manfaat daripada artikel yang bertajuk
Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan ini. Sekian.
0 comments: