Tuesday, 10 July 2012

Baik punyer - Lufya Akui Sedang Mengenali Hati Jejaka Kacukan

Lufya Akui Sedang Mengenali Hati Jejaka Kacukan

Wahhh beruntung ya..semua cari kacukan,ya la nanti dapat anak comel-comel belaka... sumber murai.com.my




Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2012: Setelah dua tahun membiarkan hatinya sunyi tanpa cinta, kini penyanyi Lufya Omar, 27, akui hatinya sudah mula terbuka untuk dimiliki oleh seorang jejaka kacukan yang dikenalinya kira-kira enam bulan yang lalu.
Malah, bekas bintang Akademi Fantasia 6 (AF6) itu berkata layanan serta sikap romantik yang ada pada jejaka kacukan Melayu, Arab dan Sweden itu telah benar-benar membuatkan hantinya mulai terpaut.
"Tak perlulah saya beritahu bagaimana kami mula berkenalan, tetapi kami kerap berhubung melalui Skype kerana dia menetap di Sweden.
"Walaubagaimanapun dia juga sering ke Malaysia atas urusan kerja dan keluarga yang sebahagiannya tinggal dan menetap disini.
"Malah, sekarang pun dia sedang berada di Malaysia untuk memenuhi jemputan undangan perkahwian saudaranya.
"Dari apa yang saya kenal dirinya, dia seorang yang mempunyai pemikiran yang matang dan educated. Selain itu, saya juga berminat hendak belajar budaya keluarganya yang berbilang kaum itu.
"Paling menyenangkan saya, dia amat menghormati perempuan serta romantik dalam hubungan," katanya yang ditemui selepas pelancaran outlet baru Ayamazz Roti Impit di Banggunan KFC (Kentucky Fried Chicked), petang semalam.
Lufya yang belum bersedia untuk mendedahkan nama jejaka tersebut, berkata hubungannya kini masih dalam peringkat awal.
"Saya tidak mahu terlebih mengulas lanjut mengenai hubungan saya. Cukuplah, saya beritahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan belum sampai tahap serius.
"Mungkin kerana saya serik disakiti oleh kekasih sebelum ini, dan takut hubungan ini tidak sampai ke mana kelak," luahnya.
Bahkan, Lufya berkata dia kini belum lagi memikirkan soal kahwin dan mahu lebih menumpukan pada kerjaya seninya.
"Saya tiada menetapkan target bila akan berkahwin, malah buat masa sekarang saya hanya memikirkan mengenai kerjaya nyanyian saya.
"Meskipun, kebanyakkan radio masih belum boleh terima lagu-lagu saya, namun saya tidak pernah berputus asa dan masih berusaha mahu memikat hati pendengar radio," tambahnya lagi.
Lufya yang baru sahaja keluar dengan single baru berjudul, Doa Ku, merancang untuk menerbitkan album studio barunya tidak lama lagi.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: