Twitter: @Stailista
KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2012: Semakin menjadi perhatian sepanjang menjadi penyeri kepada program gosip dan hiburan popular Propaganza, segmen fesyen selebriti Stailista nyata semakin prominent, malah pelengkap kepada rancangan sensasi berkenaan.
Kata keramat yang digunakan Detektif Stailista- Ayie Ali " sama ada Stailista atau Opss..." , nampaknya semakin sinonim dan menjadi ikutan kepada peminat rancangan terbitan Astro Ria dan KRU Studios itu.
Justeru itu, portal murai.com.my menerusi ruangan Stailista yang mula diperkenalkan dalam medium online sejak tiga tahun lalu,berbesar hati menayangkan sekali lagi segmen kelima dan keenam di Propaganza.
Episod kelima segmen Stailista di Propaganza semakin menjadi bualan hangat apabila Detektif Stailista telah berpeluang menyerbu beberapa bilik selebriti popular seperti Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah ketika mereka membuat persiapan untuk laluan permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).
Tidak ketinggalan juga aktor kacak, Remy Ishak, Tasha Shilla, Miera Liyana dan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang telah ditemui dengan persalinan tajaan masing-masing di lobi hotel First World, Genting Hinglands.
Siapakah agaknya yang mendapat gelaran Stailista dan pakaian selebriti mana pula yang diklasifikasikan Opss...oleh Detektif Stailista- Ayie Ali.
0 comments: