Zaman sekarang tidak kisah siapa nama siapa punya, maruah tidak dijaga, ada yang tidak menjaga maruah mak ayah ada tak jaga maruah diri, bila datang kesusahan tetapi ingin cari jalan mudah seperti adik alyah ini... Jauhilah anda dari buat perkara ini, kita buat iktibar,jangan salahkan sesiapa...tidak baik beb!!!
Posted on 13 July 2012.
copy by: http://mediamalaya.com
Tajuk yang menarik perhatian hari ini ialah kisah tentang adik lelaki seorang penyanyi wanita terkenal yang dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun atas kesalahannya menyamun seorang ahli perniagaan warga Singapura, Januari lalu.
Sebelum ini telah pun diketahui, bahawa tertuduh kes ini adalah adik kepada penyanyi terkenal Alyah terutamanya bagi mereka yang tidak ketinggalan mengikuti perkembangan beritas semasa di Buletin Utama. Namun sehingga ke hari ini Alyah dikatakan masih agak keberatan untuk masuk campur atau mengulas atau memberi sebarang komen terhadap kes ini.
Malah Alyah juga dikatakan tidak hadir sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas adiknya itu sedangkan ahli keluarga yang lain berada di dalam kamar mahkamah.
Diharap Alyah dan keluarga dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa. Memang berat dugaan tersebut tambah-tambah Ramadan dan Syawal semakin menghampiri.
Diharap pihak lain juga menghormati privasi Alyah dan memberinya ruang buat sementara waktu sebelum cuba mendapatkan komen atau ulasan dari pelantun suara untuk lagu Kisah Hati ini.
0 comments: