Wednesday 20 June 2012

Ustaz Puji Pengakuan dan Taubat Awi Rafael

by Berita Harian on 19 June, 2012 

Ustaz puji pengakuan dan taubat Awi Rafael :  Ustaz Zahazan puji pengakuan dan taubat penyanyi Awi Rafael baru ini isu tatu dan arak juga berfoya dengan wanita.
Ustaz Puji Pengakuan dan Taubat Awi Rafael


Dosa penyanyi Awi Rafael (26) yang bertatu pada badannya akan diampunkan Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali kesilapan lalu itu.
Ustaz Zahazan Mohamed yang adalah pendakwah bebas berkata, tindakan Awi Rafael yang tidak malu untuk tampil mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan haruslah dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu dan kesilapa lainnya tersebut.
“Bukan mudah untuk seseorang artis yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum begini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat kini.
“Malah dia sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya suatu ketika dahulu itu. Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya selepas taubat” ujar Ustaz Zahazan ketika dihubungi disini, Selasa.
Ustaz Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu kembali.

Ustaz Zahazan yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan mudarat pada diri dan nyawa, maka perbuatan tersebut boleh dimaafkan.
“Saya berharap agar apa yang didedahkan Awi ini dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis tempatan yang lain.
“Perlu diingat, bila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing di udara,” tegasnya lagi.
Pada Jumaat lalu, Awi tampil berani membuat pengesahan melalui Facebook tetang isu beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet itu adalah dirinya.
Bagaimanapun penyanyi Bila Aku Jatuh Cinta itu mendakwa dirinya sudah bertaubat dan dia menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya tersebut.
“Alhamdulillah.. Sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama itu.
“Sebab itu saya kembali ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal,” jelasnya pada status Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.
Awi turut menjelaskan dia membuat pengakuan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya mengambil peluang ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: