Wednesday 20 June 2012

Gosip Zahida Rafik Skandal Datuk Shafie Afdal Hanya Politik Jahat?



Ya! Hari nie, Datuk Shafie Afdal pula mendedahkan perkara sebenar dan motif mengenai laporan bekas pemandu peribadi Zahida , Noor Azman Azemi yang mendakwa Datuk Shafie memberi wang sebanyak RM1.5 juta kepada Zahida yang dikatakan kononnya ‘kekasih  gelap’ kepada Datuk Shafie.
Datuk Shafie juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang menyebarkan fitnah atau gosip skandal Datuk Shafie dan Zahida Rafik yang mendapat perhatian dalam industri hiburan dan dunia politik Malaysia.
Jika Zahida Rafik mengatakan di dalam laman Twitter milik beliau, betapa untungnya kalau gosip panas beliau mendapat RM1.5 juta dari Datuk Shafie adalah benar. Hehehe…
Spekulasi Zahida skandal Datuk Shafie ini juga dikatakan laporan Polis oleh bekas pemandu peribadi Zahida adalah tidak benar dan semuanya bermotifkan niat yang jahat dan berunsur politik semata-mata.
Hmm… Sekarang nie tak tahulah mana satu pihak yang betul dan mana satu pihak yang salah, maklumlah Pilihanraya Umum 13 dah semakin dekat. Mungkin ada betulnya apa yang Datuk Shafie katakan, dan juga jawapan Datuk Shafie nie untuk sekadar menjawab persoalan demi persoalan?
Kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini”.
Kita tunggu dan lihat ya, adakah gosip Zahida skandal Datuk Shafie nie benar atau tidak!
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: