Wednesday 20 June 2012

Rooney wira sebenar


Wayne Rooney
Wayne Rooney
DONETSK: Pengurus England, Roy Hodgson memuji aksi wira pasukannya, Wayne Rooney yang membantu mereka merebut tiket ke suku akhir Euro 2012 menentang Itali.
Rooney menanduk masuk gol kemenangan untuk menjinakkan tuan rumah bersama Ukraine di Donetsk, tiga minit selepas babak kedua bermula semalam.

Penyerang Manchester United itu yang kembali beraksi selepas menjalani penggantungan dua perlawanan sebelum itu mensia-siakan beberapa peluang menghasilkan jaringan namun ia tidak menjejaskan aksinya yang kini mengumpul 29 gol untuk England, kurang satu gol berbanding penjaring kelima terbanyak sepanjang zaman negaranya, Nat Lofthouse, Tom Finney dan Alan Shearer.
“Dia memiliki karisma positif,” kata Hodgson mengenai pemain penyerangnya itu.

“Bagi mereka yang mengikuti perkembangan England dan Manchester United serta Everton, anda tahu kemampuan dan kualiti Rooney. Dia mempamerkan kemampuannya malam ini (semalam). Dia dan (Danny) Welbeck berusaha keras dalam perlawanan ini.” Hodgson tetap mempertahankan keputusan mengeluarkan Rooney di penghujung perlawanan.

Bagaimanapun selepas hanya tampil selama 37 minit pada perlawanan terakhir dengan United pada 13 Mei lalu, pengurus England itu gembira dengan persembahan Rooney sepanjang perlawanan semalam.

“Ia perlawanan sulung selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan pertama dan sudah lama dia tidak diturunkan dalam perlawanan kompetitif. Dia pastinya gembira dengan pengalaman yang dilaluinya,” kata Hodgson.

“Rooney bermain selama 80 minit dan ia memberikan keyakinan kepadanya untuk menghadapi perlawanan seterusnya.” - Agensi
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: