Wednesday 20 June 2012

Berita Palsu Kematian Remy Ishak Tersebar


Berita Palsu Kematian Remy Ishak Tersebar: Khabar angin yang mengatakan pelakon terkenal Remy Ishak meninggal dunia adalah berita palsu.



Sudah banyak kali berita kematian palsu sebegini dihadapi oleh artis dan pelakon Malaysia. Sebelum ini arwah Bob Kuman juga pernah mengalami perkara yang sama semasa beliau masih hidup. Kali ini, giliran Remy Ishak pula yang menjadi mangsa penyebaran berita palsu kematian di laman Twitter.
Beliau yang sebelum ini dikhabarkan telah dimasukkan di hospital kerana mengalami masalah jangkitan paru-paru. Akibat dari itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab terlah menyebarkan berita palsu yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. Padahal, menurut sebuah laman hiburan, Remy Ishak kini telah dikeluarkan dari hospital kerana kesihatannya sudah beransur baik.

Menurut laman hiburan itu lagi, Remy Ishak sempat menghadiri satu event yang dianjurkan oleh pihak Harian Metro malam tadi. Diharap berita palsu sebegini tidak lagi berlaku dan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut sedar akan kesan buruk perbuatan mereka. - Berita Palsu Kematian Remy Ishak Tersebar
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: