Thursday 28 June 2012

keputusan italy vs germany separuh akhir euro 2012


comelnya body balotelli... berketul-ketu;...

atsjS keputusan italy vs germany separuh akhir euro 2012

‘Super’ Mario Balotelli
Kekebalan penjaga gol Itali,Gianluigi Buffon dan ketajaman penyudah daripada jentera serangan Mario Balotelli yang menjaringkan dua gol awal di separuh masa pertama pada minit 20′dan 36′ sudah cukup melayakkan pasukan Italy beraksi di pentas final Euro 2012 setelah menewaskan Jerman 2-1 di saingan separuh akhir Euro 29.6.2012
Barisan jentera serangan Italy seakan mendapat power di awal permainan seringkali melakukan serangan ke atas Jerman,meskipun berjaya dikekang oleh pertahanan pasukan itu namun usaha Italy dalam memburu gol berbaloi apabila Balotelli berjaya juga meletakkan Italy di depan 1-0 dengan tandukan yang menggegar gawang Neuer
Kehebatan Buffon yang mengawal gawangnya dari dibocori gol membuatkan Jerman semakin tertekan,percubaan yang menepati sasaran terutamanya dari Ozil,Gomez dan Phillipp Lams berjaya di tangkis
Keghairahan Germany dalam usaha mencari gol penyamaan nampak buntu,sebaliknya Italy pula menambah gol menerusi rembatan dari Balotelli sekali lagi menewaskan Neuer

kasmd keputusan italy vs germany separuh akhir euro 2012

Babak kedua bersambung dengan kedudukan Italy mendahului 2-0.Tetapi Jerman mengandakan usaha mereka memburu gol penyamaan sehingga menguasai aksi permainan di separuh masa kedua.Namun usaha mereka untuk mendapatkan gol berjaya dipatahkan oleh pertahanan Italy
Sehinggalah pengadil memberi hadiah sepakan penalti kepada Germany setelah bola tandukan Khedira di kotak penalti Italy terkena tangan Balzaretti
Tendangan penalti itu berjaya disempurnakan oleh Mesut Ozil dengan jayanya.Tetapi gol tersebut sudah terlewat untuk Germany bangkit menyamakan kedudukan
Kemenangan 2-1 Italy ke atas Germany melayakkan pasukan mereka beraksi di final Euro 2012 bertemu Sepanyol

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: