Thursday 21 June 2012

Roy Hodgson Tumpu sepakan penalti


HODGSON


KRAKOW, Poland – England bersedia menghadapi sepakan penalti.Untuk itu, jurulatih, Roy Hodgson telah memberi penekanan terhadap latihan sepakan penalti ke atas semua pemainnya sebagai persediaan menghadapi aksi suku akhir kempen Euro 2012.
Bagi Hodgson, ia sangat penting kerana sejarah telah membuktikan bahawa skuad The Three Lions sering kali tewas pada pusingan kalah mati menerusi penentuan sepakan penalti.
Anak-anak buah Hodgson yang muncul juara Kumpulan D akan berdepan Itali (naib juara Kumpulan C) pada aksi suku akhir di Stadium Oliympic Kiev, Ukraine Isnin ini.
Sebagai rekod, England hanya berjaya memenangi sekali sahaja penentuan sepakan penalti iaitu ketika menentang Sepanyol pada 1996 manakala tewas lima kali selepas itu.
Hodgson berkata, biarpun latihan sepakan penalti tidak boleh dilakukan ketika waktu latihan sebenar namun ia tetap perlu diberi keutamaan dalam misi menewaskan skuad The Azzurri pada aksi suku akhir nanti.
“Kami (England) telah pun mengadakan latihan sepakan penalti. Kami melakukan sejurus tamat sesi latihan sebenar.
“Kini, kami lebih serius dalam penentuan sepakan penalti. Namun, kamu hanya boleh melakukan latihan sepakan penalti selepas tamat latihan sebenar kerana kamu memerlukan ketenangan, keyakinan dan kemampuan yang tersendiri untuk menyempurnakannya.
“Berdasarkan pengalaman saya, seorang pemain memerlukan ketenangan, keyakinan dan kekuatan minda untuk menyempurnakan sepakan penalti.
“Ada ketika, kita lihat ada beberapa pemain terbaik turut gagal menyempurnakan sepakan penalti. Sebaliknya, pemain yang kita rasa bukan pakar untuk mengambil sepakan penalti pula yang berjaya menyempurnakannya,” kata Hodgson.
Penentuan sepakan penalti bakal dijalankan bagi menentukan pemenang perlawanan sekiranya kedua-dua pasukan terikat sehingga tamat masa tambahan pada perlawanan pusingan kalah mati.
Chris Waddle dan Stuart Pearce merupakan dua pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika skuad The Three Lions tewas di tangan Jerman Barat pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1990.
Empat tahun kemudian, nasib malang terus menghantui England apabila turut tewas pada penentuan sepakan penalti ketika separuh akhir kempen Euro di tangan Jerman dan kali ini giliran Gareth Southgate pula yang gagal menyempurnakannya.
Malah, England juga tewas kepada Argentina pada kempen Piala Dunia 1998 menerusi penentuan sepakan penalti.
Kegagalan yang sama turut menghantui skuad The Three Lions pada kempen Euro 2004 dan Piala Dunia 2006.
– AFP
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: