Wednesday 20 June 2012

Kasut dan Selebriti

Kasut merupakan satu kelengkapan penting bagi setiap manusia, tidak kira siapa sekalipun pasti akan memiliki kasut sendiri sama juga seperti selebriti kita. Tetapi bagi barisan selebriti, kasut merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi mereka untuk menampilkan imej masing-masing. Kadangkala setiap selebriti akan memiliki kasut ataupun ” high heel” lebih dari 15 pasang setiap orang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk yang mereka mampu ada kasut banyak tetapi ia merupakan keperluan untuk mereka tampil berbeza setiap kali keluar di bahagian media.
Farhan AF, Neelofa dan Zizi Fabulous Cat merupakan selebriti wanita yang sangat gemar mengumpul koleksi kasut wanita tidak kira dalam apa juga rekaannya. Kasut yang mereka miliki kesemua dijaga dengan rapi dan kelihatan cantik-cantik. Mengumpul kasut juga telah menjadi salah satu hobi bagi selebriti ini.
      
Setiap selebriti mempunyai citarasa dalam pemilihan kasut mereka sendiri juga. Selanjutnya lihatlah pada galeri ini, terdapat pelbagai kasut pilihan setiap individu selebriti tersebut.
Kredit Foto : Google, Blogger 
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: