Thursday 7 June 2012

Kasih Umaira

Salam semua, pagi ni papa ingin berkongsikan sedikit cerita tentang blog ini, kenapa papa letak domain blog kasihkumairah?? ini bukan nama timbangan, ini bukan nama umairah erm erm erm..bukan, dan ini bukan nama siapa-siapa pun, jangan salah faham ya..

Ini ialah nama bakal baby papa dapat.. terlampau exited nak dapat anak, papa buat blog ini hanyalah semata-mata untuk umairah,blog ini akan bergerak dari mula sampai umairah besar, itu tujuan utama blog ini pada asalnya.

Dalam masa terlalu happy untuk terima baby, papa and mama dikejutkan dengan keguguran yang mengejut, baru masuk 4bulan umairah sudah pergi. Memang sedih teramat sangat.. Al-fatihah.... Kesian mama yang mengadung, sakit tidak terkira..Yang pergi biarkan pergi kita sebagai manusia kene teruskan hidup kita, betul tak?? tawakal dan berdoalah kita..

Sebulan yang lepas papa dapat berita gembira, mama mengadung lagi, harap-harap yang ni kekal sampai ke alam dunia.. amin.. Cukuplah dahulu, penat citer banyak-banyak ni.. Apa-apa pun terima kasih kerana setia dengan blog ini. Doakan papa dan mama dalam keadaan sihat,dimurahkan rezeki ya.. terima kasih semua.
banner
Previous Post
Next Post

2 comments:

  1. mudahan kandungan kali ni selamat :)
    datang dr https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA/permalink/10150949633771731/

    ReplyDelete