Wednesday 27 June 2012

Kartina Aziz rugi RM10,000



KEMAMAN: Pelakon dan dramatis popular Kartina Aziz kerugian hampir RM10,000 termasuk RM4,000 wang tunai selepas kereta Toyota Camry miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman dipecahkan pencuri, petang Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun itu dikatakan datang atas urusan penggambaran filem dan singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur pada jam 1.30 tengah hari.
Mangsa meninggalkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM4,000, pelbagai perhiasan, komputer tablet, cermin mata berjenama dan dokumen peribadi di kerusi pemandu sebelum mengunci pintu keretanya dan bergegas ke dalam masjid.
Menurut sumber, selepas menunaikan solat, mangsa terkejut apabila mendapati pintu keretanya bahagian pemandu terkopak akibat diumpil, manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam yang mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: