Thursday 28 June 2012

Kurafat Gantung Patung Bawah Kereta


Rasanya tentu ramai yang sudah pernah melihat ada orang yang yang menggantungkan anak patung bersaiz kecil dibawah belakang kenderaan terutama kereta dan motorsikal. 



Mungkin terjadi pada diri sendiri atau rakan sekeliling kita suka terikut-ikut trend masa kini. Akan tetapi apakah maksud sebenar mari kita ketahuinya.

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak jadi tenang. 


Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung bersaiz kecil) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Jadi, selamatlah mereka ini dari kecelakaan di jalan raya dari diganggu roh-roh mati kemalangan.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat Islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah SWT.
 
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: