Monday 25 June 2012

Saiful Apek bebas tuduhan kes dadah


SAIFUL Apek gembira dibebaskan dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA 25 Jun - ''Amin, syukur Alhamdulillah.''Demikian perkataan pertama yang diungkapkan oleh pelakon komedi, Saiful Apek ketika ditemui oleh pemberita di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, dua tahun lalu.
Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 43; tiga rakannya, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29, yang juga merupakan pekerja-pekerja di syarikatnya, Gitu-Gitu Production, turut dibebaskan daripada tuduhan yang sama.
Menurut pelawak popular itu yang diwakili peguam-peguam bela, Mohd. Fadly Hashim dan Zamri Idrus, keputusan berpihak kepadanya hasil doa rakan-rakan dan peminat-peminat yang tidak putus-putus menyokongnya.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: