Wednesday 27 June 2012

Penerbit Anu Dalam Botol, Raja Azmi Cerai Talak Satu





Konflik dalaman rumah tangga Raja Azmi diakhiri dengan lafaz cerai talak satu oleh suaminya, Jailani Sidek, bekas pemain badminton negara dalam satu prosiding mahkamah yang berlangsung di Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Penceraian yang disifatkan perpisahan cara baik ini dilakukan secara tenang oleh Jailani terhadap Raja Azmi di hadapan Hakim  Saiful Azli Jamaludin. Difahamkan, hakim meminta kedua-dua pasangan meminta maaf serta bersalaman sebelum lafaz talak dijalankan.
Perkahwinan berusia 28 tahun ini turut dikurniakan 3 orang anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18 beserta seorang cucu, Muhammad Akid Mohammad Shadan, kini berusia lingkungan setahun.
Pelbagai konflik melanda wanita berhati teguh ini terutamanya apabila beliau dikaitkan dengan insiden khalwat bersama seorang pemain badminton negara, juga disifatkan sebagai adik, Roslin Hashim, sekitar tahun lepas. Insiden berkenaan banyak mencalarkan maruahnya walaupun tuduhan khalwat telah digugurkan pada 19 Ogos 2011.
Kesan daripada insiden tersebut, Jailani Sidek menerima pelbagai tomahan daripada masyarakat, dan ada yang menuduhnya sebagai dayus. Manakala, Raja Azmi terpaksa menanggung malu yang berpanjangan sehingga kini.
Tuduhan tersebut juga menyebabkan Raja Azmi ingin menyaman individu-individu yang terbabit demi membersihkan maruah diri dan keluarga.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: