Thursday 28 June 2012

Panas!!! Berita bayi meninggal kerana tersedak susu

Sekarang ini banyak musim bayi meninggal dunia kerana tersedak susu, bayi yang tidak bersalah apa-apa dek kerana kecuaian yang menjaga menyebabkan bayi ini meninggal dunia,tetapi ajal tetap ajal,kita tidak dapat mengatasinya... Kita hanya boleh menjaga dan tahu akan kesedaran dan cara untuk mengatasi ketika bayi tersedak..

Lagi bayi meninggal kerana tersedak susu – punca bayi tersedak susu dan langkah mengatasi

jPGMP lagi bayi meninggal kerana tersedak susu

Akhbar Bharian hari ini melaporkan di Petaling Jaya seorang bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Kali ini bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara.Dan statistik menunjukkan tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini
Gejala tersedak susu ini sering terjadi kepada bayi.Tetapi ianya boleh di atasi dan di kawal dengan menggunakan langkah mahupun teknik tertentu.Kes ini perlu diambil serius berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu
Menurut Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah
  • gejala seperti selesema
  • bayi tidak cukup bulan atau tidak sihat
  • proses menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul
Antara nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah
  • Memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar
  • Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit
  • Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul
Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi tersedak?
1 – Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm). Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan
2 – Dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi
3 – Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi. Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa
Nasihat kepada ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak
Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama, lawat dan luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran dan cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak
Selain itu, pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: