Wednesday 29 February 2012

Petua Tahan Lama...

PETUA TAHAN LAMA


salam semua... amboi-amboi... bila je dengar tajuk ni petua tahan lama mulalah teringat atau terfikir bab-bab lain kan... bayangkan kalau anda tahu cara dan teknik tahan lama??? banyak untung tu tuan puan adik kakak abang... lagi-lagi yang dah kahwin.di sini saya bagitahu petua tahan lama ya..

1. Nasi
- sebelum masak nasi,kita perlu basuh beras dulukan?? basuh beras sampai cuci tapi jangan terlalu lama,kalau basuh tak cuci nasi cepat basi,tahan lama kan...


2. Menyimpan cendawan lebih lama
- Cendawan yang kita beli di pasar biasanya dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau dua minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Jadi, selepas membeli cendawan, keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan simpan di dalam peti sejuk.Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira lima hingga ke tujuh hari.


3. aiskrim
- ha..yang ni paling best,simpanlah aiskrim kat tempat sejuk seperti dalam peti sejuk, baru tahan lamakan... kalau tak cepat cair,hehehe.


4. Cili kering mesin tahan lebih lama
- Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar bercendawan dengan cepat, kisarkan cili anda dengan sedikit minyak masak. Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya. Sejukkan. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.


5.  Buang air kecil / besar
- yang ni memang tak boleh tahan lamalah sebab bahaya pada diri sendiri nanti macam-macam penyakit datang,kalau terasa nak jer baik terus buang ya.


setakat ini sajalah petua saya,tunggu petua-petua lain yang akan datang ya..
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: