Thursday 9 February 2012

Gambar Peluk Anjing, Adira Mohon Maaf

copy by: http://www.zonartis.com

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING
Ekoran tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan Adira sedang memeluk seekor anjing dan kami ada paparkannya DI SINI, Adira mengakui kesilapannya itu dan tidak menafikan bahawa apa yang dipegangnya itu adalah seekor anjing dan bukannya patung.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, anjing yang dipeluk olehnya dalam gambar itu bukanlah anjing miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah. Seperti kata Adira kepada mStar:-
“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.
“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,”

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,”
Adira yang sedang popular dengan lagu Sakura itu menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.
“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.
“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,”
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: