Thursday 16 February 2012

Haram tinggalkan solat Jumaat

assalamualaikum wbt,

PESANAN KHUSUS UNTUK LELAKI






Pagi ni,papa mahu berkongsi sedikit tentang Hari JUMAAT, kita sama-sama ingat mengingati satu sama lain.. mari sama-sama kita membaca dan fahami...

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

scenario...hurm, ada juga di kalangan LELAKI (cukup syarat wajibnya) dengan sengaja melakukannya...lebih rela bersenang lenang di pusat2 membeli belah, bersama rakan-rakan wanita menjamu selera tat kala khutbah berkumandang solah-olah tiada apa yang perlu ditakuti...

Syarat wajib solat Jumaat :


  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

alhamdulillah ditempat saya bermastautin ini (Kareah Masjid Al-Makmur Kampung Sg Lang, Banting) ada juga jemaah wanita turut bersolat Jumaat walaupun tidak wajib bagi golongan mereka.

p/s : semoga kita sentiasa menerima petunjuk dari NYA.

rujukan: http://villakejora.blogspot.com
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: