Monday 6 February 2012

Cara Mudah Untuk Menaikkan Pagerank (PR) Blog

Cara Mudah Untuk Menaikkan Pagerank (PR) Blog

 

Salam.
Sebenarnya ini bukanlah cara baru, malah ia sebenarnya merupakan cara yang paling popular dilakukan oleh kebanyakan laman-laman web yang ingin menjana sumber pendapatan. Kalau anda mahukan blog anda terus mendapat Pagerank (PR) yang tinggi dalam masa yang singkat, maka bersedialah untuk sedikit pelaburan.

Ya, anda perlu melabur, apa maksud saya dengan melabur? Anda kena beli links dari laman-laman web yang dah ada PR tinggi, ia sememangnya dibolehkan, kerana ada laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Malah, tak silap saya, Google sendiri ada menyediakan khidmat belian text link ini.

Apa benda text link nih? Ianya macam anda membeli ruang untuk blog anda dipaparkan dalam laman web tersebut, seperti contoh dalam bloglist blog PR tinggi. Ia mungkin dalam bentuk text biasa ataupun banner/badge. Kadangkala ada dilakukan tukar link sebagai satu syarat untuk menggunakan widget ataupun perkhidmatan tertentu seperti yang dilakukan oleh GengBlogger, BlogMalaysia dan Alexa sendiri.

Berapa Nilai Yang Perlu Bayar?
Ianya bergantung kepada laman web tersebut - yang menyediakan text link untuk PR ini. Selalunya ia boleh bermula dari RM40-RM5000, bergantung kepada PR laman web yang menyediakannya. Dan bayaran ini samada dikira sebagai mingguan mahupun bulanan.

Cara Paling Jimat?
Jika anda pandai dan bijak membuat perkongsian, anda boleh jalinkan kerjasama dengan blog-blog yang dah memang ada PR tinggi, itu bergantung kepada pemilik blog tersebut. Namun, harus diingat, cara ini jimat tetapi mengambil masa sedikit. Seandainya blog anda berada di dalam bloglist blog2 yang PR tinggi, anda bakal menerima tempias dari kedudukan blog tersebut, kerana kadangkala sesetengah robot enjin carian tak dapat nak bezakan mana satu url/link asal (salah satu contoh).



Pro Dan Kontra
Dari segi kebaikannya, beli text links ini akan mempercepatkan blog anda mendapat PR tinggi sekurang-kurangnya PR6 di sebalik 'pelaburan' yang ada lakukan. Namun, akan tiba masalah apabila anda perlu mengekalkan kedudukan PR6 anda, ia bukan sesuatu yang mudah apabila 'pelaburan' anda tu dah tamat tempoh. Mungkin anda perlu membuat pelaburan yang lebih setelah blog anda mendapat PR yang tinggi.

Ia akan sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti blog anda apabila tetiba dari PR6 jatuh gedebuk ke PR1 atau 2 ....

Jadi, awalnya dengan pelaburan melalui membeli text links, mungkin anda terpaksa bekerja lebih keras lagi untuk mengekalkan kedudukan PR anda dari anda bekerja keras untuk menaikkan blog anda secara biasa.

Anda boleh google, "where to buy text links" dan anda akan dapat banyak laman web yang sediakan khidmat ini.

Tapi trend di Malaysia, kebanyakan laman web dan blog menggunakan konsep tukar suka sama suka, selalunya di antara blog yang dah ada PR tinggi sesama blog yang juga ada PR tinggi, tak percaya? tunggu sahaja bila senarai blog paling popular di Malaysia keluar nanti!

*p.s: Semakin banyak link blog anda berada di dalam blog dan laman web PR tinggi, maka semakin tinggilah PR blog anda!


Sumber Asal: www.hasrulhassan.com
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: