Friday 3 August 2012

Rumah Aznil Dpecah Masuk, Rugi RM40k


Kesian rumah Aznil dipecah, banyak Aznil rugi dalam kes ini, kita doakan Aznil banyak bersabar dan berdoa kepada tuhan agar sentiasa dirahmati dan dijauhkan bala-bala seperti ini..amin...

Rumah Pak Nil atau Aznil Nawawi di Taman Yarl Kuala Lumpur dipecah masuk penjenayah semalam menyebabkan Pak Nil rugi sebaganyak kira-kira RM40,000. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di rumah. Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa. Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap. -Kosmo

banner
Previous Post
Next Post

0 comments: