Wednesday, 15 August 2012

Jaga Permakanan Anda di Bulan Ramadhan dan Seterusnya

Dalam bulan ramdhan, permakanan kita perlu dijaga, jika tidak dijaga buruk akibatnya.. seperti sakit perut, cirit birit dan sebagainya. jadi permakanan amat penting. jaga kesihatan anda, pasti hidup anda bahagia.



Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.
Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.
Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi kolesterol.


Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien dengan baik.
Anda penggemar kopi? Minuman seperti kopi atau apa saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan dan menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.
Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda. Bukan senang nak menjaga kesihatan tapi tak susah nak menjaga pemakanan.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: