Monday, 27 August 2012

Syaitan Pun Takut Dengan Manusia Tak Solat

Syaitan Pun Takut Dengan Manusia Tak Solat

sumber cerita dari blog http://ohgadisitu.blogspot.com/



Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam,




“Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”


Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, Syaitan tersenyum lebar sambil membatin,
” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam. Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah. Senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.



Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya’, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
“Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,
“Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?”.
“Aku takut!”, jawab syaitan dengan suara gementar. ”Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada “Adam”, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!”, kata syaitan sambil beredar pergi.





jadi fikir-fikirkanlah...selamat beramal!

Gambar perkahwinan Ustaz Don (Al-hijjrah) dan Husna

Salam, hari ni saya nak kongsikan gambar-gambar perkahwinan ustaz don dan husna, Alhamdulillah ustaz Don sudah dan selamat diijadkalbukan, Ustaz Don dah jadi suami orang,jadi dara-dara diluar tak boleh menaruh harapan lagi,hehehe gurau jer..

Siapa tak kenal Ustaz Don, selalu keluar di tv Al-hijjrah dalam pelbagai rancangan, Ustaz Don seorang yang peramah,manis senyuman dan lawak. Taknak cerita panjang-panjang jom sama-sama kita lihat gambar perkahwinan meraka











Ingin lihat gambar perkahwinan mereka lagi banyak??? sumbernya disini
https://www.facebook.com/nadiazahariphoto

Sunday, 26 August 2012

Trick Cari Wifi Percuma Dengan Google Maps


cara dapat free wifi


Masa tengah baca-baca berita baru di blog kawan-kawan terbaca satu blog Dyona ini cerita tentang cara mendapat wifi percuma, tak tau lah macam mana caranya yang anda perlu mencuba, jika tak cuba mana tahu betul ke tidak...hehehhe
Ni bukan hacking nak dapat free wifi ya .. Cuma cara cari port free wifi . 
Terus sahaja masuk ke stepnya . :)
Step 1 : Pergi kat google maps --> https://maps.google.com/
Step 2 : Taip Free Wifi . Korang akan nampak bintik / tanda warna merah . Hah ! Yang itu la port Free Wifi ! 
* Untuk carian yang lebih spesifik anda boleh masukkan nama tempat atau postcode kawasan yang hendak anda cari . 
Contoh : Free Wifi 89308 Ranau Sabah 
Senang kan ?
Thank you . :) Happy Blogwalking 
Sertakan link resources jika teman nak copy ya ..

credit to : http://www.wangcyber.com/forum/tips-and-panduan/52074-cara-mencari-wifi-percuma-menggunakan-google-maps.htm

Thursday, 16 August 2012

Berbuka Dengan Pizza Hut, Terbaik!!!

Haaa... lega rasanya dapat berbuka, lagi-lagi berbuka di pizza... Perkene pula dengan air gas... memang lega dan hilang rasa kehausannya. Isteri saya macam biasalah, orang mengadung makan banyak sikit,berbadan dua katakan.

Tetapi service slow sebab terlampau ramai.. nak tengok gambar apa yang saya dan isteri makan dahulu dan apa yang terjadi di pizza hut?? jom kita tengok, sudah macam drama televisyen dah.


ketika membuat tempahan...


Selepas 5minit....


Selepas 10minit, lebih kurang





Selepas 30 minit






Selepas 5minit, sebab lapar,hehehe




Selepas 3minit...

Selepas 20minit






Selepas 5minit baru dapat pizza hut.



Last sekali bil dapat. Sedap tapi lambat.

Selamat mencuba.







Wednesday, 15 August 2012

(6 GAMBAR)Siti Nurhaliza Dan Datuk K Tunaikan Umrah Sebelum Hari Raya

Alhamdulillah... ramai artis kita sekarang buat umrah dan menunaikan haji, tidak terlepas juga Dato Siti Nurhaliza ini. Banyak-banyakkan amalan dan murah-murahkan sedekah di 10 akhir ramadhan ini. Sejuk hati ibu mengadung melihat anak-anak mereka berbuat perkara baik.


Ah. Comel gila gambar-gambar Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K ketika berada di Tanah Suci. Mereka berdua telah pun selamat mengerjakan umrah sebelum tibanya Aidilfitri. Pasangan suami isteri ini nampak sangat romantik dan bahagia sekali. Pasti ada yang jeles dengan keceriaan yang terpancar di wajah mereka.
siti umrah
Semoga segala doa Siti di Tanah Suci akan ditunaikan oleh Allah lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. 5 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

siti umrah
siti umrah
siti umrah
siti umrah
siti umrah

Aliff Aziz Dan Anne Ngasri Rancang Untuk Bernikah Hujung Tahun Ini

Petikan artikal ini di copy dari abang nara,abang nara jangan marah ya.. rupa-rupanya Aliff aziz dan anne Ngasri akan bernikah, Alhamdulillah, saya doakan kebahagiaany mereka dan mereka yang sudah kahwin, amin,



Rasanya ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu penamat yang bahagia dalam kisah cinta Aliff Aziz dan Anne Ngasri ini. Satu Malaysia sudah tahu yang mereka berdua bercinta dan menerusi Mingguan Malaysia Ahad lepas, Aliff memberitahu yang mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.
aliff
Baguslah tue. Tak elok lama-lama bercinta. At least kalau ada perancangan tue sedap sikit telinga mendengarnya. Dengar ceritanya pun tahun ini Aliff Aziz nak bawak Anne beraya ke rumahnya di Singapura. Itu satu langkah yang bagus. Kata Aliff:-
Setiap orang bercinta mesti ada rancangan nak ke peringkat seterusnya, sama dengan Aliff. Kami nak jugak rasa bahagia. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau hujung tahun ini kami akan bernikah tetapi semua itu ditentukan Tuhan. Sebab itu, kami harap orang ramai terutama rakan media dan peminat agar bagi kami ruang dan masa tanpa memberi tekanan. Saya risau kalau orang masih bertanya, sedangkan kami tetapi macam itu saja.
alif
Abang Nara doakan agar perancangan Aliff Aziz dan Anne ini akan berjaya dilaksanakan. Kahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Namun kalau memang niat benar-benar ikhlas, pasti akan dipermudahkanNya. Semoga hubungan Anne dan Aliff akan berakhir ke jinjang pelamin hujung tahun ini. Sama-sama kita doakan.

(14 GAMBAR)Siti Saleha Anggun Di Majlis Berbuka Puasa Majalah Lisa

Anda pasti tertawan bila melihat perempuan comel ini,siapakah gerangan beliau, beliau ialah gadis yang bernama Sti Saleha. jom kita tengok gambar-gambar beliau yang cantik.


copy by: http://beautifulnara.com
Pasti ramai yang akan jatuh cinta melihat keanggunan Siti Saleha di majlis berbuka puasa majalah Lisa. Siti Saleha mampu mencairkan hati para jejaka dengan baju birunya. Nasib baik cinta Abang Nara terhadap wife menggunung tinggi menyebabkan tiada impak langsung kecunnan Siti Saleha terhadap diri ini.
siti saleha
Pasti mereka yang menghadiri majlis ini sangat teruja dapat berjumpa dengan Siti Saleha secara face to face. 13 lagi gambar Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Ryaniez Moments Photography.

siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha

Sekilas Berbuka Di Flaming Steamboat di Shah Alam

Hi... berbuka sekejap di flaming steamboat di shah alam, murah juga dalam rm28 satu kepala... Tetapi ramai sangatlah... Lagi satu, surau kecil,boleh masuk 2orang jer..kalau badan besar lagilah sorang jer... Tempat berwuduk kongsi perempuan lelaki, terlanggar terpaksa sekali lagi ambil.

Apa pun steamboat sedap jugalah sesuai dengan harga.






Sempat makan sikit jer..nak makan nasi tapi dah habis,terlampau padat orang, baru jer nak suap ke mulut orang langgar dan tarik kerusi,memang tension betul...

jom pi makan steamboat....







Jaga Permakanan Anda di Bulan Ramadhan dan Seterusnya

Dalam bulan ramdhan, permakanan kita perlu dijaga, jika tidak dijaga buruk akibatnya.. seperti sakit perut, cirit birit dan sebagainya. jadi permakanan amat penting. jaga kesihatan anda, pasti hidup anda bahagia.



Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.
Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.
Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi kolesterol.


Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien dengan baik.
Anda penggemar kopi? Minuman seperti kopi atau apa saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan dan menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.
Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda. Bukan senang nak menjaga kesihatan tapi tak susah nak menjaga pemakanan.

Monday, 13 August 2012

Memebeli belah Di Masjid Jamek (Jalan TAR) Menjadi Pilihan

Salam,

Raya dah dekat dik oiii.. abang kakak pakcik makcik, apa tunggu lagi,shopping baju raya sekarang, jangan last minit pula ya.. Semalam saya dan isteri sempatlah juga bershopping di masjid jamek atau dikenali jalan TAR. Ramai orang, bukan orang kita jer,orang luar pun ramai... nak jalan pun susah.

Seronok sebab banyak pilihan dekat sana, harga nak kata murah tak nak kata mahal tak, tapi shopping dekat Jusco, Giant dan lain-lain lagi ok kot. Ketika di sana pasti warga wanita yang paling seronok, termasuklah isteri saya, shopping sakan dia..








Jadi apa tunggu lagi,jika ada duit lebih shopping sekarang, buat pilihan dengan betul, jangan membazir ya.. Peace!!!