Wahhhh bertuahnya jika perempuan betul-betul dapat miliki lelaki kaya ya... tapi yang penting hati budi,jika hati budi tak kaya, takda makannya jugakan,hehehe. Tadi terbaca blog dekat abang nara, ada beliau post pasal Maya karin, alaaaa wanita comel tu.. jom kita baca sama-sama.
sumber http://beautifulnara.com
Yes ~~~ Peluang masih ada buat anda yang meminati Maya Karin. Si cantik manis ini menafikan yang dirinya bercinta dengan pemilik Lotus menerusi Kosmo hari ini. Spekulasi tersebut timbul selepas Maya Karin berkongsi gambar dirinya di dalam garaj pasukan Lotus, Formula One di Singapura baru-baru ini.
Maya Karin memberitahu yang dirinya dapat bergambar di tempat ekslusif tersebut kerana pemilik Lotus tersebut adalah kawannya. Mereka sekadar kenalan biasa dan tidak bercinta. Kata Maya Karin:-
Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan
Untunglah Maya Karin ada kawan sehebat pemilik Lotus. Kalau Abang Nara ada kawan sebegitu, pasti akan minta peluang masuk ke dalam garaj Formula One. Peluang sekali seumur hidup kot. Apa pun Maya Karin turut berkongsi info yang dia sudah menolak 10 tawaran berlakon filem selepas Ombak Rindu.
Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi. Pada tahun 2010, saya hanya muncul dalam satu filem sahaja iaitu Magika, itu pun untuk tiga minit sahaja, saya tidak kisah semua itu. Saya ada ditawarkan watak ala-ala seperti karakter bohsia, hanya tampil untuk cakap ‘hello-hello’, selepas itu habis begitu sahaja. Tiada gunanya kalau macam itu sahaja. Saya mahu penonton puas walaupun hanya muncul selama tiga minit.Betul juga tue. Nampaknya Maya Karin memang selektif sungguh dalam memilih watak lakonannya. Itu satu perkara yang bagus untuk menjaga nilai ekslusif. Apa pun semoga Maya Karin akan terus berjaya di masa hadapan. Dan good luck untuk aktiviti mendaki gunung anda!!!.
0 comments: