Wednesday, 28 November 2012

Amalan-amalan atau Tip-tip Ketika Hendak Bersalin

Saya nak kongsikan dengan anda amalan-amalan ketika hendak bersalin, tip-tip ini banyak memberi kesan yang baik untuk bakal-bakal ibu yang menlahirkan anak.

Amalan-amalan ketika bersalin 
Kesakitan ketika bersalin merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas kaum wanita. Ini merupakan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kerana ia menguji iman seseorang. Jika bersabar dengan kesakitan yang dialami dan bersyukur  dan memuji kebesaran Allah s.w.t., dosa kita akan diampunkan olehNya.

  1. Doa-doa semasa bersalin
    • Surah Al-Anbiyak ayat 87
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
    • Ayat Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
    • Surah Al-A'raf ayat 54
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
    • Surah Al-Falaq
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
    • Surah An-Nas
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia
  1. Mandi wajib
    • Mandi Wiladah - selepas melahirkan anak
    • Mandi ketika kering dari darah nifas (darah kotor yang keluar selepas bersalin, sekurang-kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari)
  1. Tanggungjawab bapa
    • Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir
Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."
    • Menanam uri
    • Mendoakan anak
      • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
      • Doa agar diberi anak yang baik -  surah Ali-Imran ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
      • Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
      • Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  1. Panduan menamakan anak
    • Nama anak harus diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau beberapa hari selepas itu
    • Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t  seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain
  1. Menyembelih aqiqah
  1. Mengkhitankan anak
    • Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.
    • Hikmah berkhitan
      • Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
      • Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
      • Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
      • Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
      • Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin
Link laman-laman web Al-Quran
  1. Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
  2. Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: